Saturday, July 21, 2012

SALAM RAMADHAN 1433 HIJRAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum . Syukur Alhamdulilah dapat kita bertemu dengan Ramadhan pada kali ini  pada tahun 1433 Hijrah . Alhamdulilah juga , hati saya terbuka ingin menulis sesuatu yang jelas baru ada rasa dan hidayah nak tulis disini . Paling bersyukur dapat berpuasa penuh pada kali ini , tahun tahun akan datang amatlah sukar dan perlu tunggu 5 tahun lagi .

Dengan kedatangan Ramadhan pada kali ini , insyaALLAH sama kita berusaha ke arah untuk mendapapt rahmah daripada-NYA . nak dpat kerahmatan daripada keesaan-NYA bukan nya sesuatu perkara yang mudah dan senang . Jelas ianya memerlukan pengorbanan yang amat tinggi , dan sangat sangat bermujahadah . Bermujahadah dengan melakukan perkara yang mengikut segala perintahnya dan meninggalkan larangan . Ianya bukan sahaja dalam bulan ramadhan semata-mata . tetapi lain lain bulan juga .

Ibarat nanti , apabila kita bersuci dan berjaya berpuasa sebulan . kita akan keluar dalam  keadaan ibarat seperti dalam kain putih , semasa kita lahir . ha , setakat itu . ALLAH janjikan kepada orang orang yang beriman .

Amat dikesali jika , kia terus melakukan dosa yang berpanjangan . pesan kepada diri sendiri walaupun nano juga . Bulan Ramadhan ini , syaitan telah dibelenggu . tidak ada lagi perlakuan syaitan dalam kehidupan kita sepanjang bulan ini , jika ianya terus berlaku ? siapa syaitan ? antara faktornya , diri kita sudah terbiasa dengan dosa , syaitan sebelum kedatangan Ramadhan berulang ulang kali membisikkan di telinga kita supaya melakukan dosa seperti sedia kala . amat amatlah rugi seseorang itu , tidak mahu akan penambahan baikkan dalam diri supaya menjati sebetul betulnya muslim sejati . Justeru , ramadhan pada kali ini , amat bertepatan menjadi medan perubahan besar dalam diri kita dari pelbagai aspek kehidupan .

Salam Ramadhan diucapkan sekali lagi . Selamat Berpuasa dan Berbuka ! :D

No comments:

Post a Comment

thanks;)

thanks!!

Followers