Sunday, June 29, 2014

#1st Ramadhan 1435

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt,


setelah sekian lama tidaklah mengupdate kan diri di blog ni, nah hari ini 1st Ramadhan aku rasa terajin nak update.

Untuk kaum muslimin selamat menunaikan ibadah berpuasa dan berbuka ya, sekarang dan nak dkt kul 6 pm dah nak masuk waktu.

Bila tiba Ramadhan alangkah sedihnya bagi diriku kerana tidak dapat berpuasa dengan keluarga pada awal2 Ramadhan , kerana mereka pun faham yang ana akan menduduki Professional Exam tidak lama lah lagi, kawan-kawan doakan saya. inshaALLAH.

Bila berjauhan pada waktu macam ini,, mulalakh merindui ma abah adik abg, masing2 berada di haluan sendiri, bagi aku rindu nya adik kesiannya dia dkt Puncak Alam, makan apalah dia, dah la dia mcm tu :( . Semoga dia pandai2 lah berdikari

Soalan yang menyentuh hati abangnya tadi?

"Adik makan apa sahur tadi ?"
dia jawab makan roti dengan susu je ..

Menangis dlm hati seorang abang :( .

Sebelum masuk ramadhan semalam , aku sempat jenguk2 dia di puncak , nampak semakin kurus.

Mungkin sekadar itu shj kot.


Selamat Berbuka Puasa :)

Friday, August 17, 2012

Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian Universiti Teknologi MARA (UiTM)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum WBT 

Alhamdulilah , syukur ke hadrat Ilahi kerana ALLAH SWT berkesempatan menemukan kita pada Ramadhan 1433 Hijrah dan hanya beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemenangan kita iaitu Hari Raya AidilFitri 1433 Hijrah :)

Pada post kali ini , sukacitanya saya ingin berkongsi info walaupun belum lagi mendaftar sebagai pelajar pergigian UiTM akan tetapi saya sudah serba sedikit mencari ilmu sebagai langkah permulaan dan persediaan sebelum menjejaki ke menara gading nanti dengan menanyakan senior2 pelajar pergigian UiTM , dan juga bekas pelajar UiTM (yang mana first Batch pelajar pergigian) yang kini bekerja Doktor Pergigian di Hospital @ klinik kerajaan kerana biasalah terikat dengan kerajaan semasa FYDO(satu tahun , wajib kepada Pegawai Pergigian Siswazah bersama Doktor Pakar ) dan detachment dgn kerajaan 2 tahun kemudian  10tahun jikalau pemegang biasiswa JPA , jika tidak dibayar ganti rugi . hmmm . Disamping itu juga , saya pula dihujani pertanyaan junior2 di kolej matrikulasi kerana peliklah junior2 sentiasa alert akan apa yg berlaku pada senior2 nya, bagus betul diaorang ini , berfikiran berjaya . haha . dan juga sekadar perkongsian kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan matrikulasi yang ingin menjurus kepada bidang yang di minati .

Walaupun , masih belum merasai pengalaman sendiri . Tak salahkan sama sama berkongsi Ilmu . ye lah tak kenal maka tak cinta . mohon maaf jikalau ada tersalah info . apa apa kesalahan mohon diteguri .

insyaALLAH , insan yang bernama Muhammad Afnas Syahmir Bin Abdul Aziz telah ditawarkan mengikuti pengajian di :

Pembedahan Pergigian UiTM

Alhamdulilah , speechless . rezeki ALLAH SWT nak bagi . manusia mampu bersyukur dan terus berdoa . semoga cita cita akan menjadi kenyataan , bukan nya usaha setakat ini sahaja malah berusaha kenalah sepanjang kehidupan . dengan berusaha kita akan terus melangkah setapak demi setapak . jika kita tidak berusaha , berdiri pun kita tidak mampu , usah ingin melangkah amat jauh sekali . ingat lagi saya . haha . soalan OTI  ke apa masa form 5 soalan Pendidikan Islam tanya apakah beza orang Orang Celik dan Orang Buta . maaf kalau ada tersilap harap perbetulkan .

OK , terus ke topik :

Mengikut laman interaktif JPA , untuk melihat pengiktirafan kursus di IPTA . Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian yang juga disama ertikan dengan Bachelor of Dental Surgery (BDS) yang diguna pakai di UM,UITM,USIM,IIUM juga disama ertikan Ijazah Sarjana Muda Doktor Pergigian atau Doctor of Dental Surgery (DDS) yang diguna pakai di USM dan UKM . BDS/DDS adalah sama dari segi pengijazahan diiktiraf yang boleh membawa kepada penjawatan Pegawai Pergigian U41 @ Doktor Pergigian .


Download PDF : http://www.moh.gov.my/images/gallery/career/Kerjaya_Peg_Pergigian2.pdf

Seterusnya , buat masa ini hanya 6 buah IPTA sahaja menawarkan kursus pergigian yang mana kuota nya amat terhad/limited . Kerana apa pelajar dan pensyarah perlu dinisbahkan  mengikut kewajaran yang ditetapkan . sebab perlu melahirkan pengamal pergigian yang berkualiti . Selain itu , saya di fahamkan untuk proses pembelajaran&pengajaran semasa di tahun klinikal perlu mengunakan set kerusi dan peralatan pergigian untuk kemudahan pelajar mencecah rm50,000 setiap satu dah setiap set maximum 2 orang shj . bayangkan mengapa kos ini sgt terhad sedangkan doktor gigi di Malaysia sangat kekurangan jikalau dinisbahkan kepada pesakit  . Unjuran pengambilan dalam bidang pergigian hanya 170 orang pelajar melalui UPU (Bahagian Pengambilan Pelajar , Kem Pengajian Tinggi ) yakni merupakan bidang paling sikit dan terhad yang diambil setiap tahun berbanding bidang lain .

Melalui sumber : http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1213_KENYATAAN_AKHBAR_STATUS_KEPUTUSAN_PERMOHONAN_STPM.pdf

credit :  SinarHarian

unjuran daripada 170 orang , UiTM hanya menyediakan 50 tempat sahaja . selebihnya 120 orang daripada UKM,UM,USM . Kemungkinan pelajar pergigian IIUM DAN USIM tidak termasuk dalam 170 orang pengambilan melalui UPU , IIUM/USIM menyediakan pengambilan sendiri tidak melalui UPU . akan tetapi munasabah juga 170 org daripada ke-enam-enam universiti tersebut yg menawarkan kursus pergigian (UM,UKM,USM,UiTM,IIUM,USIM)


Berikut adalah e-mail hasil maklum balas direct daripada Dekan Fakulti Pergigian hasil pertanyaan saya . saya send email 1:52petang dan dean memberi maklum balas 7minit kemudiannya , tengok masa(klik gambar)

kepada pelajar2 yang betul2 berminat , buatlah pilihan yang bijak dan letaklah first choice tak kiralah mana universiti , ok tu tips dia . 

Semasa di phase pre-clinical pelajar akan diperkenalkan subjek seperti

 Oral Biology
 Anatomy
 Biochemistry
 Physiology
 Pathology
 Microbiology
 Pharmacology
 dan ada lagi kott 
(berikut adalah gambaran subjek sahaja)
That why , bidang pergigian adalah bidang pertembungan perubatan etc . dan ianya sangat menarik walaupun saya dengar keluhan senior mengatakan susah kerana perlu mengingati kedua duanya sekali dalam subjek dental dan medicine :




selepas berjaya di pre-clinical year dgn melepasi dua exam iaitu Profesional Exam One and Two . barulah masuk klinikal year yang perlu berada di clinic menjalankan 8 bidang klinikal pergigian (dijalankan pada tahun 3,4,5) dan perlu juga profesional exam bagi setiap tahun clinical bagi memenuhi keperluan graduate sebelum bergelar doktor pergigian . Justeru , doktor pergigian bukannya menjurus kepada aspek gigi sahaja , malah skopnya meliputi kepala , muka , tengkuk dan merawat/menjahit/patah gigi/bibir terkopet dll kes trauma kemalangan yang menyebabkan kecederaan teruk di muka/kepala dan area mana2 untuk kembali berfungsi dan juga berperanan untuk prevent dan cure KANSER MULUT dan juga tahap kesihatan mulut yang amat penting . Ada  juga yang menyambung dalam kepakaran forensik pergigian , yg menarik karier nya yang mengkaji usia mayat dll melalui gigi yg ditemui . wahua'alam

iaitu :

Pergigian Bedah Mulut
Ortodontik
Periodontik
Pergigian Pediatrik
Pergigian Restoratif/ Prostodontik
Patologi dan Perubatan Mulut 
Pergigian Forensik
Comunity Dentisry/Pergigian Kemasyarakatan
(berikut gambaran utama subjek sahaja)

#terms sepatutnya digunakan dalam bahasa inggeris supaya tidak pelik , untuk memudahkan saya menggunakan bahasa melayu .


Selepas memenuhi keperluan Universiti barulah anda akan graduate dan anda bersedia mencurah tenaga anda kepada masyarakat :)


pesanan daripada senior saya : sebelum belajar dalam bidang ini anda perlu cergas dan cedas supaya anda tidak letih kerana doktor gigi perlu banyak mengunakan tenaga dengan berdiri , nak extract gigi dari soket fuh perlu banyak tenaga dan berhati hati , ada terpaksa oncall kena jahit kawasan muka dalam kes kecemasan yg menginyurkan dll . satu lagi penting lembut2kan tangan sebab dental also dikategorikan sebagai ART , ye la alatan je masuk dalam mulut yg sempit tu ! haha  .


Ini baru serba sedikit perkongsian , sejurus saya menjadi pelajar dan mengalami sendiri . InsyaALLAH saya akan berkongsi dengan lebih banyak lagi ,dengan poyo nya haha . Tak rugi berkongsi Ilmu .


Antara blog pilihan 

p/s : InsyaALLAH , jikalau ada salah dan silap mohon ditegurkan . 

Biasalah , yang baik itu datang daripada ALLAH SWT dan yang lemah itu datang daripada saya sendiri :)

Sunday, August 5, 2012

PENGALAMAN MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU (MPPB) KOLEJ MATRIKULASI KEDAH SESI AKADEMIK 12/13

بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUALAIKUM W.B.T 

"CHANGLOON - PADA 27 HINGGA 31 MEI LALU TELAH BERLANGSUNGNYA MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU BAGI SESI AKADEMIK 12/13 YANG BERLANGSUNG DI KOLEJ MATRIKULASI KEDAH DEKAT SINI . DALAM UCAPAN AMANAT TUAN PENGARAH , YBhg RAJA ABDUL RAHMAN BERKATA SERAMAI 3000 PELAJAR BERSETUJU DITERIMA MASUK DARIPADA JUMLAH ITU SERAMAI 2600 PELAJAR BERJAYA MENDAFTAR PADA HARI PERTAMA PENDAFTARAN IAITU 27 MEI LALU , NAMUN PENDAFTARAN BERJALAN SEPANJANG 2 MINGGU , DAN JIKA GAGAL MENDAFTAR ATAS SEBAB TERTENTU DALAM TEMPOH BERKENAAN DIANGGAP GUGUR PERMOHONAN . NAMUN , PIHAK KOLEJ MASIH MAMPU MENYEDIAKAN SEPENUHNYA KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN YANG MAMPU MEMUATKAN KUANTITI PELAJAR 3000 ORANG PADA SATU-SATU MASA . SEBELUM SEBENAR MEREKA INI BERGELAR WARGA KOLEJ , PARA PELAJAR WAJIB MENGIKUTI MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU (MPPB) BAGI MEMBERI PERSEDIAAN AWAL DAN AKHIR SEBELUM MENGIKUTI KEHIDUPAN DI KMK . ALHAMDULILAH , PADA KALI INI PELAJAR YANG MENDAFTAR BUKANNYA PADA CALANG ORANG , MEREKA DIANTARA PELAJAR  YANG MEMPEROLEHI KEPUTUSAN SPM YANG CEMERLANG 6A HINGGA 11A DAN MEMILIH MATRIKULASI SEBAGAI TEMPAT PERSEDIAAN KE PENGAJIAN TINGGI TAHUN HADAPAN "
 sumber : Akhbar Sendiri Punya .

Oupps , walaupun akhabar sendiri punya , tapi kesahihan maklumat ini betul dan tepat . kerana apa , ha kerana saya merupakan AF/PF . 

apa itu AF/PF ,

"PF adalah merujuk kepada Pembantu Fasilitator atau AF ouh bukan Akademi Fantasia tapi Assistant Facilitator(AF) yang menyelaras/mengendalikan/mengurus/membuli eh menjaga adik adik sepanjang Minggu Pengurusan Pelajar Baru " 

rujukan : Kamus Dewan Badminton , Dewan Makan , Dewan Canselor

Bermulanya , di semesta dua yakni semesta akhir sebelum melarikan diri di kolej . Tut tut ada iklan "sesiapa ingin menjadi PF MPPB 12/13 sila isi borang boleh diambil di Serambi Pelajar " . Ambil la borang tu , ramai jugak yang mohon . tapi tapi setelah ditapis (kerana perlu kelayakan 3.5 and above) , saya pun ter-selected lah menjadi PF tu . Walaubagaimanapun , di semesta dua saya rasa macam hidup saya terserabai sikit sebab tak tahu lah banyak benda kena buat , kerana apa atas dasar tanggungjawab lah  perlu seikhlas mungkin . Beberapa kali perjumpaan di buat untuk meng-explain segalanya yang perlu dibuat , tapi saya buat don't know je . Malas nak jadi Ketua ketua bagai , nak jadi AJK biasa je . Sebab sebelum ini saya jadi jadi macam macam dah , so bagi orang lain juga . Benda ini iklan nak dekat dekat PSPM tau (Dalam study week hectic tu) , so saya malas nak layan jadi PF segala bagai sebab perlu penumpuan sepenuhnya kepada exam yang kali terakhir tu untuk saya kekalkan momentum supaya apa , untuk masa depan laaaa .
Dalam keadaan yang hectic tu , satu lagi kejutan tetiba aku ter-selected mewakili kelas praktikum aku untuk MAJLIS TAMAT PENGAJIAN SESI 11/12 yang penuh harmoni dan gerand tu . memang kenangan paling manis dalam hidup saya , hope next 5 years nanti . Walaupun dpt sijil je , tapi aku sanggup memakai jubah tu , bukan semua orang selected diantara 2500 kepada 150 orang tak silap . hehe . 

Masa ni comel lagi :P


Tut tut . Sampai la ke PSPM . yang tak hape hape saya rasa tapi alhamdulilah segala berlaku dengan baik sekali kerana apa , takdir ALLAH SWT yang Maha Berkuasa itu yang tidak boleh sesiapa disangkal lagi .

Sehabisnya , PSPM tu . Maka secara rasminya saya kena balik ke rumah . dan berehat sepenuhnya , makan sepenuhnya , tidur sepenuhnya dan apa apa sepenuhnya yang menyiksakan diri ini selama 10 bulan di penjara kolej . Tut tut , resul exam PSPM pada 29 Mei , dalam Minggu MPPB fuh . tak pe lah .

Fokus seterusnya ialah event terakhir bagi diri ini , yang sayaa pasti perlu menyumbang sedikit sebanyak kepada kolej , yang banyak membantu . tak salah memberi lebih apa tah yang kurangnya . berehatlah anak raja dirumah lebih kurang 3 minggu lepas itu . Dan secara rasmi selaku Alumni la pulak perlu balik ke kolej pada 23 Mei . Awalnya , ye la event 27 Mei , so kena buat persediaan awal dan akhir untuk MPPB kepada adik adik tersayang nanti . Dulu kami yang kena dengan Fasi , so kami jadi Fasi kami yang pula mengena kan pelajar baru nanti . Eh eh , saya baik orang nya .

Baiklah , pada 23 Mei itu datanglah . sebuah rasaksa berwarna hijau yang satu laju lambat berwarna hijau , iaitu bas kolej . haha . di Stadium Muhammad V untuk mengambil pelajar dari Kelantan (KB) yang bas tu bermula daripada Terengganu (Pasar Payang) untuk route A . Bas tu sampai lewat sangat sampai letih menunggu di KB tetapi hati kental bersemangat nak pergi kolej . Dan diakhirnya cerita kami sampai di kolej dalam jam 1 pagi so lengkaplah 12 jam kitaran . haha . Dan makan makan pergi ke apartment pensyarah yang cantik dapat lah kami 10 orang per apartment . Beradu la saya di dalam apartment itu .

Secara rasmi 24Mei perjumpaan rasmi semula , menghimpunkan semua PF / Pensyarah dan pembahagian T-shirt/Topi dan juga lantikan AJK Tertinggi . Banyak AJK ada rekod dan data,penginapan,tenikal,logistik,pengacaraan,majlis dan persiapan pentas . First day tu memang kami mulakan dengan sepenuhnya tenaga kami , dengan mengangkut kerusi fuh . memang tak jangka PF pun kena angkat kerusi untuk penuhkan tempat dewan yang perlu beribu ribu kerusi . kerja bermula seawal pagi jam 8.30-10.30 , 11-12.30 , 2.00-4ptg dan malam . Ok , makan semua free dan sedap 6 kali makan okeyyy . FREE ! Malam tu kerjanya tak la banyak sebab faktor keselamatan dan kepenatan . Malam hanya untuk post-mormtem setiap AJK (tiap tiap hari) yang sampai mencecah 4 pagi . 

"Dalam post-mortem tu banyak bincang tentang kerja yang dibuat pada hari itu dan kerja yang perlu dibuat pada next day . Amatlah lama sangat sangat , maklumlah kena penelitian daripada AJK supaya lancar , banyak juga berlaku kepincangan ahli yang ada sesetengah tidak memberi kerjasama , tu at first la . Tapi setelah sedar akan tugas masing-masing alhamdulilah semua orang bagi kerjasama dan macam PF adik beradik tu saya sayang semua".

Namun , kami dikejutkan dengan kedatangan 3 Orang para alumni yang telah berjaya yang sudi join PF dengan kami , so dia orang sebagai guide berdasarkan pengalaman dia orang telah memimpin/join MPPB 7-8 kali . Maklumlah KMK baru je buka tahun 2001 tak silap . 

Mereka ialah :



Abg Wan
Penolong Pegawai Hal Ehwal Jabatan Perdana Menteri

Abg Khan(Muka memang nampak engineer)
Engineer

Selah segalanya persiapan demi persiapan di buat untuk pendaftaran dan MPPB . alhamdulilah di solat hajat memohon segala dipermudahkan pada hari Sabtu 27Mei . Yang mana hari Ahad adalah PENDAFTARAN PELAJAR BARU KOLEJ MATRIKULASI KEDAH 12/13 . Alhamdulilah , saya diletakkan AJK Pendaftaran dan 10 orang yang lain . Hari tu sangat memerlukan ramai orang terutamanya di AJK lalu lintas kerana nak mengawasi lalu lintas yang konfemnya sesak , maklumlah nak hantar abg long kak long abg cik kak cik . satu kampung bawak . kesian ke AJK lalu lintas ni seawal 6pagi dioarang ready di setiap check point dan parking . ye lah parents semua nak daftar awal . dah la kena kawal kereta masuk ke kolej dari jam 6-11pg lepas tu nak kawal kereta keluar pulak kem lagi dari 4ptg-6ptg . kesian diorang ni sampai hitam legam kulih , merah2 , serak suara , demam dan ada nak pitam . ha , kerja PF ini sangat-sangat nak berkhidmat untuk kolej . Para pensyarah pun kesian giler , ada pensyarah on the time perlukan bantuan . dan PF ni pun bergegas lah nak tolong pensyarah tu , pensyarah tengok kami penat dan faham dan dia belanja air . 

Dan saya dan kawan kawan AJK Pendaftaran dapatlah kerja dalam library yang ada aircond(bayang la sekejap) sejuk tu . pakai kemeja dan tie macam students , bukan apa first impression nanti apa pulak kata parents . Ok , dalam aircond apabila library diserbu 2000 lebih dah tak terasa aircond terasa macam ketuhaar ketuhar , sampai PF kena ada menjerit , naik turun tangga . kena bantu students tak lengkap dokument apa semua . ha ? berduyun duyun masa tu . So tugas kami jam 1 petang tu siap . ALHAMDULILAH . kalau ada pendaftaran seterusnya akan dihandle di offis utama KMK . so , kami perlulah join AJK lain . kalu tak join mmg tak de kerja la . eh eh bukan setakat join , prinsip PF sapa ada kerja kosong sila bantu kawan . kami memang menolong kawan kawan . 

Sejurus malam pendaftaran tu , ada post mortem . kesian memang kita orang letih giler3 . memang tak nya . kesian PF lalu lintas dll . dalam post tu ada macam macam nak diluahkan , macam2 dengar luahan hati PF yg kena berdepan macam . yang lalu lintas kena jaga lalu lintas , ada parents tak dengar cakap kami , suruh parking sini dia parking lain , parent ada ubah laluan sendiri punya , kena selesai kes kemalangan dalam kolej . Dan ajk pengumuman iaitu PA paling banyak kena serbu dengan parent ada kena marah marah . pengumuman sudah dibuat tapi diorang tak endah , padahal pengumuman diulang berkali2 .
Tapi kami tak marah , kami senyum . Kami anggap parents adalah orang pertama dan terakhir berjumpa dan penghargaan kepada dia orang , kala kami marah balik sama juga kami marah ibu bapa kami juga . so , diorang akan tinggal anak dia disini kan ? hehe 

"buat pengetahuan lebuh raya menuju ke bukit kayu hitam mengalami kesesakan di trafik simpang 4 yang sesak sepanjang lebih kurang 5 kilometer keatas bermula dari tol " dan anggota RELA ada membantu .

Next next day , kerja kami berkurangan lah sedikit sebab ada sesi ceramah/interaksi/mentor mentee so kami perlu buat jerkahan supaya cepat tu jelah . Namun perjalanan aktiviti perlu dikawal dan diselia dan post mortem pada malam harinya pun berjalan seperti biasa Ada yang menidurkan diri di dewan banquet : 
video

Mungkin keletihan . Ouh saya pun ada . siapa buleh teka saya diminit ke berapa ? okay diminit 0:32 . hehe

Biasalah , kami dah tahu yang result semesta keluar 29Mei(selasa) memang sedaya upaya pasrah dan kami saling debar antara satu sama lain , memang kerja hari isnin tu tak berapa nak menjadi , makan pun tak lalu . Dan kejutan pelajar akaun dapat check pukul 12 malam , padahal dia umum jam 10pagi hari selasa , mmg tidak adil . buat relax hati ketap ketap .  . tapi kitaorang yang sains ini macam nak giler takut takut . 

MAKANYA . jam 10pagi menyerbu makmal komputer (lagipun saya ditugaskan untuk AJK REKOD DAN DATA di makmal komputer ) memang tak buat kerja lah . asyik refresh je kerja nasib baik komputer tu jenis duk dalam meja , alaa macam komputer meja dulu punya  tak nampak la . tapi saya tengok orang lain khusyuk jugak tapi tak tahu lah dia buat apa sebab dia orang pun manusia jugak , nak check . kantoi lepas satu satu jerit sini sana , nangis sini sana . maknanya diorang check result la lettew dan masing2 call . lepas tu ,  keadaan reda , saya  pun try try la check . then akhirnya menjadi macam ini :

Alhamdulilah Tapi "Ilmu Bukan Pada Pointer"


Alhamdulilah , speechless rasanya . walaupun SPM aku yang ciput dapat 6A's , namun tidak sesekali membatas aku nak buat terbaik dalam persediaan di matrikulasi ini . Ingat , SPM bukan penamatnya , kalau rasa diri tidak berjaya . Dan matrikulasi pun bukan pengakhiran , di Universiti adalah segalanya , buat terbaik di universiti nanti . 

Saya nak petik daripada Firman ALLAH SWT dalam surah NAJM ayat 39-44

1. Demi bintang ketika terbenam

39. Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang dia usahakan

40. Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatnya

41. Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan kepadanya dengan balasan paling sempurna

42. Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya(segala berlaku)

43. Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis

44. Dan sesunggunya Dialah yang mematikan dan menghidupkan .

Nampak tak kecacatan disitu , Datuk C berada di situ . No wonder la , SPM pun A- je pun  . Masuk matrik rasa macam ada tak kena dengan bi , nasib baik sangat tak kira pointer . MUET pun saya amik 2 kali , tak namanya "tut" . Dah naik muak examiner tengok muka saya ni . eh3 . examiner sama ke ? ramai je yang ambil 2 kali . seronok kali pertama kena di Kolej di buka pusat exam sendiri . 2nd kena ambil di sekolah alhamdulilah ada chance sikit , sikit je la . yang berhajat kepada band 4 . band 4 impian yang tak pernah berada dalam kamus hidup . ntah ada ke tak kamus tu . disebabkan tidak ada kamus tu tiada rezeki lagi la nak dapat band 4 .ouh , nampaknya perlu kali ke-3 ? Justeru , sekarang memang nak manfaat betul english ini penting jugak , walaupun exam tak ok , tapi speaking sikit sikit pun okey .
Lepas lepas dapat result , ini alhamdulilah semua warga PF bersemangat balik bekerja untuk kolej !

Banyak lah juga saya join AJK Pengacaraan . saya pun dapat tugas jadi 2 majlis untuk emcee . dengan pengalaman yang saya ada di SESTER , saya gunakan untuk kematangan . Namun pada 1 emcee , alhamdulilah ok . Tapi pada 2nd emcee untuk MAJLIS FORUM MPPB 12/13 , tetiba jadi gugup , saya tak tahu lah apa nak jadi pada malam tu , rasanya teruk sangat , kesian majlis tu macam ada cacat cela akibat kesilapan saya sendiri . perkataan sebut pun jadi banyak ter ter ter . adus malu sangat , dah la Pengarah dan tetamu forum tu datang . tapi dapat improve2 . alhamdulilah . BTW , MISS oupss Madam Fatni dia sanggup cari cari saya nak ucap THANKS , YA . dan dia siap minta maaf lagi sebab dalam kami berbincang pengarah tak datang . so , saya rasa jadi emcee hari tu rasanya berbaloi sangat , dan saya balik dengan tersenyum2 sbb miss fatni ucap thanks je . hehe

Alhamdulilah , segalanya berjalan lancar . Pada hari sabtu , saya pergi dulu rumah keluarga angkat di keda,kedah (keluarga angkat ni dpt sama program anak angkat Pembimbing Rakan Dinamik ) ketika buat program di Sek Keb Kubur Panjang (SILA SEARCH KUBUR PANJANG) serius panjang giler kubur tu . Keluarga angkat saya sempat bawa ke kubur tu memang panjang , tak tahu la kenapa sebab mungkin dia ada benda so dia perluaskan kubur , saya sendiri tak faham . sekarang batu yg keliling tu sedah tenggalam sebab ada orang nak tinggikan dia punya batu pengikat sekeliling kubur tu . mungkin petanda "orang kampung" percaya , baik tak yah buat kekal je apa yg ada . Story dia "orang kampung " percaya ada dua orang adik beradik , yang mana ada saling bunuh membunuh akibat kalah judi . wahua'alam .

Lepas itu , kami dijanjikan bermain boling sampai sakit2 tangan . mainlah sampai 2 game , pun dah pancit . kami main suka suka je . habis line kami konker , mana tak nye . haha . sambil2 tu kami dapat la elaun yang ciput RM120 . sbb kami di sana 12hari x rm10 = 12000000 juta rupiah tu . tak pe , duit tu hanyalah sampingan . pengalaman dan kenangan manis itu adalah tidak boleh dibayar sesekali dengan duit . kan . Dan pada malam itu jua , ada sikit majlis perpisahan dan makan malam yang sangat sedap itu , perrrghhh . Menu mendapat sambutan adalah "sotong celup tepung" tak pape diorang ni , siap buat lagu lagi . Dan tibalah part sedih , malam itu abg dan kak alumni akan pulang direct ke KL/SHAH ALAM , sebab dia orang kerja hari Isnin . Sedih sampai nak nangis :'(








Pada hari berikutnya , Hari Ahad merupakan hari perpisahan kawan kawan . Tiba masanya kami pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bersama family pula . hari ahad tu , pelajar baru 12/13 sudah mula kelas diorang , awal awal pagi lagi saya siap2 awal pergi ke blok pentadbiran pensyarah (cubikal) untuk minta maaf dan ucap terima kasih atas mengajar saya setahun , penat lelah pensyarah tidak putus2 memberi ilmu kepada kami . Dalam agak rushing jugak nak pergi cubikal tu sebab kul9 ada perjumpaan terakhir bersama pengarah , nasib baik sempat dari jam 7.45-8.55 pg . dan nasib baik sempat jumpa pensyarah , pensyarah sibuk sbb first day class dia orang . 

TERIMA KASIH :

 SEMESTA 1
BIO LECTURER : Sir Faezuddin
BIO TUTOR : Madam Azwani
BIO LAB : Madam Nad
CHEMISTRY LECTURER : Madam Adila
CHEMISTRY TUTOR : Madam Aznita
CHEMISTRY LAB : Miss Yusnita
PHYSIC LECTURER : Sir C.C.Y
PHYSIC TUTOR : Miss Hashimah
PHYSIC LAB : Madam Aznahlizawati
MATH LECTURER : Miss Lim Mei Mei
MATH TUTOR : Sir Azman B

SEMESTA 2
BIO LECTURER : Sir Shakir
BIO TUTOR : Madam Azira
BIO LAB : Madam Intan
CHEMISTRY LECTURER : Madam Irdawaty
CHEMISTRY TUTOR : Miss Lim Sook Lim
CHEMISTRY LAB : En Khairul Aswari
PHYSIC LECTURER : Madam Nadiah
PHYSIC TUTOR : Puan Noreha
PHYSIC LAB : Sir Redzuan
MATH LECTURER : Sir Azman B
MATH TUTOR: Puan Nazihah

mereka mereka ini lah , yang mengajar aku SEPANJANG AKADEMIK MATRIKULASI 11/12 dengan penuh komited . Alhamdulilah , walaupun lain lain pensyarah , saya mudah mesra dengan pensyarah . kerana mereka banyak membantu dalam pelajaran .

Semoga program MATRIKULASI ini adalah terbaik bagi diri saya dan merupakan jalan yang tepat telah ditentukan oleh ALLAH SWT dengan berharap penuh keredhaan .
Sayonara , Kolej Matrikulasi Kedah Supaya kita berjumpa lagi . Akan ku pohon untuk menjadi PF lagi sebagai tiket ALUMNI pula nanti .

Kepada adik adik , yang sedang bertungkus lumus di matrikulasi sekarang teruskan berusaha mencapai impian , bersabar , berdoa agar dipermudahkan jalan . Selamat Berjaya di UJIAN PERTENGAHAN SEMESTA tidak lama lagi . bittauffiq wannajah :)

Salam Ramadhan . Selamat Berpuasa .

Wahua'alam 

Saturday, July 21, 2012

SALAM RAMADHAN 1433 HIJRAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum . Syukur Alhamdulilah dapat kita bertemu dengan Ramadhan pada kali ini  pada tahun 1433 Hijrah . Alhamdulilah juga , hati saya terbuka ingin menulis sesuatu yang jelas baru ada rasa dan hidayah nak tulis disini . Paling bersyukur dapat berpuasa penuh pada kali ini , tahun tahun akan datang amatlah sukar dan perlu tunggu 5 tahun lagi .

Dengan kedatangan Ramadhan pada kali ini , insyaALLAH sama kita berusaha ke arah untuk mendapapt rahmah daripada-NYA . nak dpat kerahmatan daripada keesaan-NYA bukan nya sesuatu perkara yang mudah dan senang . Jelas ianya memerlukan pengorbanan yang amat tinggi , dan sangat sangat bermujahadah . Bermujahadah dengan melakukan perkara yang mengikut segala perintahnya dan meninggalkan larangan . Ianya bukan sahaja dalam bulan ramadhan semata-mata . tetapi lain lain bulan juga .

Ibarat nanti , apabila kita bersuci dan berjaya berpuasa sebulan . kita akan keluar dalam  keadaan ibarat seperti dalam kain putih , semasa kita lahir . ha , setakat itu . ALLAH janjikan kepada orang orang yang beriman .

Amat dikesali jika , kia terus melakukan dosa yang berpanjangan . pesan kepada diri sendiri walaupun nano juga . Bulan Ramadhan ini , syaitan telah dibelenggu . tidak ada lagi perlakuan syaitan dalam kehidupan kita sepanjang bulan ini , jika ianya terus berlaku ? siapa syaitan ? antara faktornya , diri kita sudah terbiasa dengan dosa , syaitan sebelum kedatangan Ramadhan berulang ulang kali membisikkan di telinga kita supaya melakukan dosa seperti sedia kala . amat amatlah rugi seseorang itu , tidak mahu akan penambahan baikkan dalam diri supaya menjati sebetul betulnya muslim sejati . Justeru , ramadhan pada kali ini , amat bertepatan menjadi medan perubahan besar dalam diri kita dari pelbagai aspek kehidupan .

Salam Ramadhan diucapkan sekali lagi . Selamat Berpuasa dan Berbuka ! :D

Friday, July 29, 2011

HIDUP KEMBALI :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T 

AFNAS AFNAS UPDATE UPDATE BLOG ! 

(hilang tebiat)

banyak masa kau afnas , ok . mula -mula sekali , betapa heaven nya kehidupan saya kat sini . pada mulanya susahnya dan hidup alah tegar biasa kan , pepatah melayu mengatakan . (tak pasti betul ke tak pepatah tu , maklumlah lama tak belajar BM )

sebut pasal BM , TERINGAT cikgu mat . saya  baru tahu yg cikgu mat telah bersara . semoga dia teruskan hidup dia selepas bersara dan meluangkan masanya dengan keluarga, itu yang lebih baik . kenangan bersama cikgu mat memang tak dapat dilupakan terutamanya kami bersama 5 radzi . sebut pasal 5 radzi , bertambah sedih la pulak , T____________________T . berpisahlah kami semua . itulah penamatnya . dah , stop .

pandai - pandai la nak kau hidup wahai afnas ,

next , minggu depan saya UJIAN PERTENGAHAN SEM (UPS) kawan-kawan doakan saya . doakan saya . berkatilah usaha saya . insyaallah . 

18/8 - memang hari ini saya akan tunggu sangat sangat detik demi detik . memang tunggu sangat sangat .


bye . saya tak berapa ada idea  . cukup update sudah . doakan saya . 













Monday, May 2, 2011

AL FATIHAH :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

tatkala kita sedang gembira ingin nak sambung belajar, ada orang yang sedang menangisi kehilangan seseorang ,

salam Tazkiah kepada saudara seumur kita,

yang telah kembali ke rahmatullah , kawan kepada syahiran , sepupu nainiman

"ianya sebagai pengajaran kepada kita juga,kerana biarlah kita sentiasa bertaubat kepada-NYA, ALLAH swt akan menjemput kita tidak kira masa, bila-bila sahaja "

ORANG YANG BIJAK, ORANG YANG MENGINGATI MATI 


p/s
takziah sekali lagi, SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT ALLAHYARHAM

May :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ,

Hari Ini 1 MEI

masa yang pantas belalu , sehingga tak dapat dikejar oleh manusia yang tidak menghargai masa ,

5 bulan :))

kau manfaat tak 5 bulan kau bercuti ? ==''

bulan ini , mungkin cuti selama hayat kau tu , akan berakhir !



Friday, April 29, 2011

REZEKI DI PAGI BUTA :)

بسم الله الرحمن الرحيم

kling ! kling ! kling !
panggil masuk dari awek nun jauh di sana (hebat tak awek) , lepok diri sendiri !

butang hijau ~

MISS X ; afnas! cepat check matrik , cepat -cepat 
saya       ; eh? pelawok ! bukan pukul 3 ..

butang merah ~ (kejam)


ok lah sambil-sambil tak off lagi , try check ,..

BASMALLAH :)
ALHAMDULLILAH , ALLAH SAJA YANG TAHU PERASAAN INI :)



seperti biasa, deskmate dari tronoh ==''

miss A ; syamir mu check doh ko?mana
saya     ; dah2 ,..
miss A  ; eh? tak pelah asiah , rezeki kita tak dapat jumpa disana ,HARHARAHAR


seperti biasa , mesej beratur-beratur dlm inbox ,..
yang tak pernah tanya khabar pun ada htr mesej , 
pelik kan , tanya khabar waktu malam-malam mcm nieh ,..

"afnas apa khabar" .. AFNAS sihat-sihat jah ..


BAIKLAH OFF LAPTOP ,dan semuanya ..


abah ; kat mana tu , try google (wah-wah maju nampak =='')
ma     ;  dlm hutan ke?

abang sulong  ; MASIH belum menerima apa-apa (tengok lah nnt , malas nak bagitahu , biar dia yang tanya)

abang kedua ; ce try check ic nie? (adik sendiri x tanya)

adik  ; tidur :)






MASA panjang lagi nak fikir :)

23/5 daftar kan ?

tengok sekali lagi ? 

apa 23/5

*glup*

aduhai , 23 hrbln ? pandai kau KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA , semuanya 23 ..

TERIMA KASIH JUGA KEPADA YANG BAGI PRO DAN CONTRA MENGENAI MATRIK , TAPI T O L O N G ! LAH ! JANGAN LEBIH-LEBIH , KESIAN ORANG YANG NAK MASUK MATRIK ! JANGAN BAGI JATUH SEMANGAT ORANG TAU ! BAGI LAH SEMANGAT EH? 

p/s

nampaknya ada 3 module, sakitnya ada pulak FIZIK :) 

Thursday, April 28, 2011

SEBENARNYA..

بسم الله الرحمن الرحيم



sebenarnya , aku nak cakap seperti dia cakap dalam minit 2:42 tu :) no more than ,..


sebab aku sayang kawan-kawan aku , 

takut lalai ,

walaupun kecil, kesannya amat besar ,

aku sebenarnya, tak pandai nasihat orang tapi , mujur ada ustaz nieh ,...





RENUNG-RENUNGKANLAH ! yang mana baik dan buruk ....




p/s
sorry,my blog jammed kerana sebelum nieh, kla tekan x boleh nak insert video, tapi hari ini ,ok jeh !

MAAF BANYAK-BANYAK , ampun dosa aku , JANGAN KAU GANTUNGKAN DOA-DOA AKU SEPERTI DEBU YANG BERTEBANGAN ,..

DOAKAN AKU UNTUK ESOK, HARAP DAPAT BERITA GEMBIRA DI MALAM JUMAAT ,

INSYAALLAH MUDAH-MUDAHAN ...

Thursday, April 21, 2011

WE'RE TIRED but HAPPY ! ;)

بسم الله الرحمن الرحيم

JAM 1030pg

tahukan waktu apa nie? aizi dan ammar ajak saya pergi ikut ke KB MALL , sebab nak tunaikan janji dia dengan POKKA ,dan FAHMI , dan suka ria, tak pelah demi tidak mengecewakan kawan, mak saya izinkan. ALHAMDULILAH :)

lagi pun, lama tak keluar jalan-jalan dengan kawan, seronok jugaklah sebab kawan adalah family kedua dalam kamus aku !

susah nak cari kawan-kawan yang sejati ini, alhamdulilah, saya masuk sester nie dapat berjumpa kawan-kawan laki yang memang serasi dengan jiwa , yang perempuan boleh cakap ni je = .= '  pun ok dan ok lah !

im , im , im
jawapan kat sini "terpaksa"
macam mana lah nak cari anda sedangkan saya tak de pun number fon
ke apa-apa ! ==''
terima kasih, dengar luahan hati saya sejak beberapa hari,minggu
kebelakangan,
mungkin dia DEACTIVED sebab naik muntah kot?
HARHARHAR !!

kata farid "berkawan biar sampai 5000" sebab limit facebook 5000 je ,ok ! 


sewaktu bila eh amin cakap macam nieh ! 


"WALAUPUN KAMI PENAT KAMI TETAP GEMBIRA " (biar pelat sikit 'R' tu)


credit to : ammar,amin,pokka,syafiq,aizi,fahmi


ammar berat nanang loni, hari tu guru mengaji aku sekarang dia pandai ajar pelik-pelik
ingat tak?

ni pun,yg ni teman se-tadarus tapi loni ~
ce ce ce citer kp? ==''

cover2 
cover2



baju baru , good luck untuk interview
BIASISWA FELDA !

no comment

seperti dijanjikan !

ammar cakap "makan kena layan"
ambik kau layan !

p/s
satu  persoalan?
bilah lagi boleh buat macam nieh ! nanti masing-masing sibuk ,dan fly situ sini , GOOD LUCK SEMUA ! DOAKAN KEJAYAAN saya juga di dunia dan akhirat 


add on ;) TIDO awal weh male nieh !


ma'a salamah wa ila liqa'

Wednesday, April 20, 2011

HUBUNGAN TANPA WAYAR ;please keep connecting !

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum ,

Sebagai manusia di muka bumi, Allah SWT seperti aku , dalam hidup dalam negara yang aman pun, tak semestinya aman dan tenteram seperti di syurga, kadang-kadang hati rasa berkecamuk , cuak , dan pedih . Walaupun aku tinggal di daratan yang tanah rata , tetapi hidupku macam berada di lautan yang sentiasa berombak-ombak. 

Walaupun hidup dengan penuh kenikmatan , tetapi kot-kot tak ada rasa penuh kesyukuran , ya ALLAH jauhilah perasaan hambu itu ,....


suatu hari , ada juga kawan aku yang bolehlah dikatakan senasib dengan aku , tetapi dia lebih bernasib kerana dia lebih beruntung daripada aku , tibalah apa yang orang nasihat dekat aku dahulu , aku aplikasi semuanya apa yang ditulis , segala nasihatnya aku catat dan segalanya tersimpan , sku bukak balik, dan aku terus taip apa yang ditulis.

dear ***** ,

sebenarnya , itu semuanya bukan kata-kata aku, tetapi kata-kata kawan aku yang aku jadi kuat selama ini.
biarlah kita sama-sama kuat , bangkit untuk menebus segala-galanya , kita tahu kita masing-masing mempunyai tujuan dan haluan hidup masing ,.. jangan putus harap , dan berdoa ! INSYAALLAH , kita melangkah demi melangkah , untuk mengejar cita-cita kita !





sumber : ILOVEISLAM






Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada  Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.


"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."

(surah Al-Baqarah:186)

 Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.


"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."

(surah An-Nahl:19)



Jadi, mengapa masih perlu berdoa?
Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.


 "cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."(surah At-Taubah:129)



Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?
Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.


 " dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. 
(surah yunus;12) 

Sekiranya kita tidak dapat perkara yang  dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.
Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."

Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.

penulis : irwan fendi , edit: nizam

p/s

bagi aku , setiap kata-kata itu sangat bermotivasi kepada diriku ! hubungan tanpa wayar ini sungguh canggih tidak perlu teknologi , tak perlu komputer,tak perlu laptop,tak perlu berukband,tak perlu moderm, percuma , tiada bil di dunia , tapi bil diakhirat sahaja iaitu pahala , cuma ia perlu SEIKHLAS-IKHLASNYA !

Friday, April 15, 2011

yes,i knew !

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

TARIK NAFAS , dalam-dalam tau kali ni, ini pagi jumaat , pagi yang dirahmati ALLAH , pintu-pintu taubat dibuka,
kegembiraan ahli kubur, hari raya bagi umat ISLAM !

bagi manusia yang hidup dunia ini, banyak lagi kan perlu hadapi, ditempuhi, kau masih ingatkan kau masih hidup bertahun-tahun lagi, 17 tahun 7 bulan ini semuanya sudah lepaskan, kalau ada mesin masa pun macam DOREMON , aku tak kan guna pun, aku tak mahu jenguk masa yang aku habis selama ini , dan aku pun tak mahu tengok masa depan dengan alat mesin itu,

susah kan, kau tahu kan, semuanya telah tercatat di LUH MAHFUZ , semuanya takdirkan, tapi kau tak boleh merungut, mungkin ini terbaik untuk hambu-Mu , tapi kau qada dan qadar kan, kau belajar qada ada dua mubram dan muallaq ,
tapi aku nak letak kat sini qada muallaq iaitu perlaksanaan sesuatu perkara mengikut ketetepan ALLAH yang azali sesuai dengan usaha dan ikhtiar disertai dengan izin ALLAH SWT contohnya, kegagalan DAN kejayaan
dan kalau aku tengok hujah untuk menolak faham salah terhadap qada dan qadar membuatkan aku semangat untuk beberapa ketika, pas tu ?

malas nak tulis panjang-panjang , rujuk buku PAI JAGUH F3 m/s 166 versi JAN 08

TAK ada siapa dekat dunia ini tak nak kejayaan, ISLAM pun suruh kita "mari menuju kejayaan" yang kau dengar 10kali sehari + 5 kali iqamah , memang jelas kan ,.. tapi kita kena percaya rezeki "kata orang beriman" dan percaya kepada nasib "kata2 orang dulu-dulu"

ALANGKAH, kalau kau tahu masa tadika, sekolah rendah, form3,form4, dan FORM 5 .. cita-cita kau dan betul-betul kau tepat tuju ke situ bagus kan.

pasti, anda ingatkan, kalau sekolah dulu-dulu , kalau ada cikgu baru masuk ke, pengenalan awal tahun ke dan ADA ORANG BERTANYA kan?

"baiklah nama saya CIKGU dot dot dot"
"baiklah start dari awak sebelah kiri"
"saya nak berkenalan , maklumlah saya guru baru anda semua"
"bagi tahu nama, alamat, nick nama dan CITA-CITA"


apa ?

CITA-CITA

pasti anda debarkan,
pasti gagap-gagapkan,
pasti anda cari cita-cita yang hebat !, supaya cikgu kata "BAGUS !"
pasti anda tengah cari cita-cita anda kan
pasti anda cari cita-cita yang senang kan supaya cikgu tak tanya kepada anda nak jadi -.-' ?
pasti anda akan tanya cita-cita kawan anda kan, takut2 sama dengan anda


lastly,

anda jawab

NAMA SAYA MUHAMMAD AFNAS SYAHMIR BIN ABDUL AZIZ, SAYA TINGGAL DI TAMAN DESA KEMUMIN,
ORANG PANGGIL SAYA =='', CIKGU BOLEH PANGGIL SAYA ==''', 
SAYA NAK JADI DOKTOR ?

cikgu : doktor apa?
saya  :  DOKTOR PAKAR
cikgu: HEBAT ! (kan dengar kan perkataan tu) , baiklah doktor banyak bidang tau, tulang,otak,gigi,kulit
saya : Otak, cikgu !
cikgu : bagus-bagus, ok orang sebelah pula,


(ha, lepas jugak aku)

kelakar, kan dan aku ingat sebenarnya aku menjawab bukan berdasarkan apa yang ingin aku jawab , tapi aku jawab apa yang orang lain bagi jawapan, tapi kau sedar tak bahawa 

KAU TIPU DIRI KAU SENDIRI ! semata-mata nak nak habis sesi tu,

tapi, sekarang 
kalau orang tanya apa cita-cita anda?

=.=' , baiklah saya akan jawab, kalau orang itu betul-betul tanya soalan betul-betul depan aku? aku akan jawab dengan sebenar-benarnya, ok !


kau ingatkan , hampir semua cikgu kata macam ni kan?

HAHAHA , gelak la gelak, nanti nangis kemudian hari !
kau tahu kan. tapi kau buat bodoh je kan, masuk telingan kiri keluar telinga kanan ! HAHAHA , sekarang kau tahu kan macam mana?
aku nak warning kau diri aku pulak
"ha, gelak la gelak, gelak lah gelak"
pasti, kau tak kan gelak kan , .. 

kau tahu kan ,
yang kau tulis begini kat budak f4 , kononnya abang bagi nasihat kat adik , bagi kau tulis macam nih
"berubah yer dik" sy tahu anda jugak berjaya nanti..


HARI INI jangan lupa tau, check ! NLIP , HAHAHAHA , gelak ada orang tanya, eh eh kau rasa dapat tak?
kau tahu kan, kau saja-saja tanya kan? kau tahu sakit nya nak jawab ..


afnas kan kuat versi 3 , eh2 dah msuk versi 4  dah :)

tak pe ! tak pe ! kau mesti ingat pendirian kau kan ! kau kena ingat kan , usahlah kau dengar orang cakap apa , buat apa kau kisah ! 

yang lepas , HARHARHAR
pengalaman,pengajaran,

yang sedang,
tabah !

yang datang,
move on !

#### untung sabut timbul , untung batu tenggelam, ada orang kata KELAKAR ! 
kau tahu apa maksudnya ? untung sabut best kan? sentiasa timbul , tak basah
tapi, kau tahu kan yang sabut tu, akan mengalami keperitan nanti, kau tahu yang sabut akan berhadapan air laju,
ombak, susah kan ,tak pun dan juga kau akan tersekat kat ranting-ranting pokok nanti kalau kau dibawa arus nanti, dan tiada siapa dan nak jolok kau pergi dari tersekat tu, dan lama-lama kau duduk je situ, tunggu ada orang ambik kau dan buang HARHAR !kau tahu sabut, berhati-hati kau terpaksa ikut arus tau, kenalah jaga diri , supaya jangan hayut sebab kau untung tu..
untung batu ? batu, kau tenggalam kan, best-best , batu karang ? kau tenggelam kan, best nya batu karang kau dijaga,diwarta, memang orang nak tengok kau kan? sampai orang pergi terjun dalam laut nak tengok kau, hebat kau batu ! duduk dasar, air tenang berbanding di atas yang berkocak ! 


HARHARHAR, so tak yah la nak jadi batu ke sabut ! itu peribahasa je , 
kita kena jadi DIRI SENDIRI !
kau yang BERHAK TENTUKAN SIAPA KAU !