Sunday, August 6, 2017

Dental UiTM

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum 😊

Alhamdulilah, dapat kembali recover password blog ni setelah sekian lama.

Tahniah, adik-adik yang telah mendapat keputusan UPU masing-masing, suka atau tidak ? Pilihan atau bukan pilihan? Terima dengan hati yang terbuka, tanya diri sendiri dan bawa bincang dengan keluarga anda mungkin boleh membantu anda untuk buat pilihan. Jangan lupa berdoa kepada Allah swt supaya berikan jalan penyelesaian terbaik untuk anda.

Bagi yang mendapat program Pergigian UiTM. Tahniah. Mungkin rezeki anda untuk menjadi seorang Doktor Pergigian.

Serba sedikit mengenai Fakulti Pergigian UiTM, terletak di UiTM Kampus Sg Buloh yang berhampiran dengan Hospital Sg Buloh. Kampus juga mempunyai Fakulti Perubatan UiTM, Clinical Traning Center, UiTM Private Specialist dan IMMB. Bagi kemudahan pelajar pula terdapat 3 blok bangunan KoleJ Kediaman 1,2,3 . Setiap pelajar diberi kemudahan yang sama rata. Stesen KTM,MRT lebih kurang 2.5km dan ada bas perantara ke stesen tersebut.

Fakulti Pergigian UiTM juga dikenali UiTM Dental Center, mempunyai 8 tingkat kesemuanya , besarnya yang teramat besar dan mempunyai satu auditorium yang besar. Tingkat 1-4 mempunyai lobi pendaftaran,cafe,clinic,laboratory dll tingkat 5-8 terdapat bilik pensyarah dan administration.

Dari sudut akademik pula, tempoh pengajian ialah 10 semester (5tahun) , maximum 12 semester . Menawarkan program untuk Undergraduate : Bachelor of Dental Surgery (DS240) dan Postgraduate ( Master in Clincal Denstistry MClinDent ; Orthodontic,Periodontology,Prosthodontics).

Fokus disini ialah "Bachelor of Dental Surgery (BDS)" . Di UiTM memperkenalkan sistem bersepadu integrasi (curiculum integrated).  Banyak subjek2 yg ditawarkan mengikut module yang telah ditetap oleh Akademik, boleh rujuk di laman web.

Sistem peperiksaan pula, ada Professional Examination dan biasa punya Semester Exam, Progress Test dll. Setiap pelajar perlu tempuhi semua exam ni, hati kena kental OK ! Sebelum masuk dental kena prepare mentally dan physically .

Clinical Year , pelajar akan request patient melalui Waiting List dan akan merawat pesakit dibawah Supervision Specialist. Dan ada lah requirements semua tu nnt, nk cerita dkt sini susah. Nnt ada briefing OK.

Semoga post yang singkat ni boleh beri gambaran utk adik-adik semua Ok

Ada soalan boleh email ke afnasdentaluitm@gmail.com .






No comments:

Post a Comment

thanks;)

thanks!!

Followers