Tuesday, January 25, 2011

teenagers time! :(

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera..


makan tidur! makan tidur! itulah pandangan kalau ditanya orang. memang rugikan kalau ada masa ini tapi tak diisi benda-benda yang mendatangkan faedah. memetik kata-kata cikgu azri


"lepas spm nanti, buat la apa yang awak nak buat, masa lepas spm nie lah awak nak buat research,buku-buku selain daripada spm nie"


saya menerima kata-kata itu dengan separuh sedar, tatkala masa sejarah di waktu kemuncak 12- 1 tghari.


so, macam nie la. ni amir hari ini tak pergi mana-mana. saya hanya terperap dalam rumah orang dengan asyik berulang ke hadapan dan ke dapur. menanti makanan datang tapi tak kunjung tiba. dari pagi tak tahu buat apa. 


dalam perjalanan ternampak, sekeping kertas lama. daripada membazir baik kita guna. tercari pulak si pen ni. dimana la pen eh? sejak lepas spm ni tak tahu dah letak mana pensil case. dengan mengamal polisi AUTOKRASI, TERANI,DITAKTOR dengan menolak polisi DEMOKRASI saya telah merampas *jahatnya aku* dengan mengobek beg adik aku demi mencari sebatang pen. eh2, mendesaknya tak kan dalam rumah tak de sebatang pen pun. ha3, tapi saya nak ambil wak adik saya jugak!!


dapat la sepasang kekasih ni, pen dan kertas..memang tak asingkan kalau ada pen mesti ada kertas. seperti lagu SITI NURHALIZA dengan tajuk lagunya CINTAKU DIATAS KERTAS..tapi cintaku memang atas kertas pun menyebabkan senang orang merobek-robek, mencincang-cincang kertas itu. tak sweet kan?


nampaknya si pen buat hal la,pulak? kenapa? mata pen pulak masalah, memang kau ni pen CINTA BUTA,dasar!
membuatkan kertas menunggu-nunggu, contengan mu ! so, saya pun buang pen tu!
kertas tetap relax! tapi mungkin kertas kecewa apabila CINTANYA BERTEPUK SEBELAH TANGAN, sedih kan kertas tu. 
dalam hati kertas tu, ingat kita ni..


"CINTA BOLEH DIPAKAI BUANG


selepas itu, kertas is single. hermm, tuan ingin menulis atas kertas nie, segera mencari penggantinya supaya kertas tidak bersendirian, kertas memang perlukan seseorang untuk menemaninya. kertas amat setia dengan pen!
kertas takkan menerima selain objek pen, tak mungkin kertas nak batu kan?
sesungguhnya  " CINTA ITU SUCI"  mungkin dapat digambarkan kepada engkau kertas...


selepas itu, dalam kesediaan mu, saat menerima cintaku, pen sudah pun sedia untuk menulis diatas mu..


selepas waktu subuh hingga ke isya tadi selesailah puisi ni, boleh la dikatakan puisi, tapi nampak macam puisi ke? then, kamu yang judge kot, saya hanya buat apa yang patut. terima la kesediaan pencinta ini, tatkala pen sedang mengukir cinta kepadamu kertas! jangan biarkan cinta merana tapi yang ku mahu biarlah CINTA BERTASBIH !


SUBUH..
tersungging senyum alam di ufuk timur ;
salam setia malam pun dihulur ;
kelibat fajar menyerak dingin ;
tirai hari dikuak tenang ;
berderai tingkah unggas di rimba ;
bersahutan kokok ayam di desa ;
lalu azan mencarik kesunyian semesta ;
menitik air wuduk di wajah kita ;
YA, ALLAH BERKATILAH UMUR SEADANYA
SOLATKU, HIDUPKU, MATIKU, PENUH SELURUH
hanya buat-Mu PENCIPTA SUBUH..


DHUHA..
muqaddimah kehidupan berlalu pantas ;
biduk diri belayar di selaut tugas ;
mentaripun makin dermawan dengan sinaran ;
rezeki tuhan ditagih dipinta ;
nikmat-Nya diraih diteroka ;
segala yang di samudera, di daratan dan udara ;
sebutir keringat segunung permata ;
namun agar diri tak lupa ;
sudilah apalah kiranya wahai teman ;
istirehat sebentar jiwa dan perasaan ;
agar terus tenang dalam gelombang
di solat dhuha..pintalah ketenangan.


ZUHUR..
tergelincir mentari di separuh safarnya ;
namun kepanasan membahang jua ;
keletihan menjilat seluruh jasad ;
mengantuk hinggap di pelupuk mata ;
namun hidup ini satu perjuangan ;
ditagih rezeki lewat keringat ;
diraih tenaga sekeluarga ; 
namun jangan sesekali terleka ;
di masjid,di surau atau dipinggir meja ;
solat menanti hadirmu seketika ;
demi kuat kembali jiwamu yang penat ;
munajatlah dalam solat zuhur ;
empat raka'at..


selepas itu, saya keluar sedikit dihadapan rumah sambil melihat langit, dan...


ASAR..
sinar mentaripun lesu menghadiahkan keredupan ;
angin gemalai membelai wajah petang ;
dua mempelai berjalan di taman ;
sekeluarga waktu santai di pepohon redup ;
keindahan petang kekadang mengalpakan ;
lalu tuhan mengingatkan
"DEMI WAKTU ASAR MANUSIA SELURUHNYA DALAM KERUGIAN
KECUALI YANG BERIMAN DAN BERAMAL
DAN SALING BERPESAN DALAM
KEBENARAN DAN KESABARAN "
lalu penuhilah sumpah Tuhan itu ;
agar jiwa tak gusar , emosimu tak nanar ;
agar jalan hidup terus tulus dan lurus
agar kemudi diri tak pincang tersasar
di waktu Asar..solatlah
ALLAH HU AKBAR!


MAGHRIB..
senja bertamu di persada buana ;
remang-remang jingga mengukir isyarat ;
untuk makhluk mula berehat ;
tabir hari berlabuh di kaki langit ;
mengiringi unggas pulang ke sarang ;
setelah puas menikmati siang
Alhamdulilah..
di antara gelap dan terang ;
di antara malam dan siang ;
ada sejalur senja memisahkan ;
begitulah nantinya alam barzah ;
itulah 'senja' alam dunia menuju ke akhirat ;
bukalah mata hatimu untuk melihat ;
dari alam syahadah ke alam ghaib ;
dalam solatmu di waktu Maghrib..


dan yang ini last sebelum saya tidur,


ISYA'..
sebelum diri istirehat dalam dakapan malam ;
sebelum melepas penat oleh segala urusan ;
jika cuaca terang ;
dongakkan kepala ke langit ;
lihat bulan dan bintang yang berkelip ;
hayatilah yang indah ;
ucapkan SUBHANALLAH ;
jika cuaca gelap..
tundukkan kepalamu ke bumi ;
mungkin hujan ribut akan menimpa ;
takutilah musibah ;
ucapkan INALILAH ;
sekalipun kemalassan merantai diri ;
namun gagahilah jua demi Ilahi
berwuduk untuk fardu terakhir ;
apungkan zikir paling agung ke bibir ;
Tuhan pertautkan cintaku yang retak ;
Di solat ISYA'..


dan saya pun save draf puisi ini, dan setelah saya tersedari pukul 03:52 ++...saya pun menyambung penulisan ini..


DINIHARI..
dua pertiga malam yang sepi ;
titis embun berguguran di hujung daun ;
rerumput basah menjunjung embun ;
dingin menyelimuti insan di kasur peraduan ;
kekadang resah dipagut igauan ngeri ; 
saat inilah yang terpilih ;
buat pertemuan dua kekasih ;
percintaan insan dengan Tuhan ;
semakin wangi di sunyi-sunyi begini ;
dan demi penyucian jiwa di hujung hari ;
tahajjud seketika dinihari..


TEMAN..
SUNGGUH, WAKTU ITU BERLALU TERLALU LAJU,
NAMUN MENGAPA KITA MASIH TEGA BERDOSA
"PEREDARAN MASA ADALAH SUATU YANG ANEH,
TETAPI LEBIH ANEH MANUSIA YANG MELENGAHKANNYA...


p/s


-count : hampir 24jam dibuatnya..





No comments:

Post a Comment

thanks;)

thanks!!

Followers