Friday, August 17, 2012

Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian Universiti Teknologi MARA (UiTM)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum WBT 

Alhamdulilah , syukur ke hadrat Ilahi kerana ALLAH SWT berkesempatan menemukan kita pada Ramadhan 1433 Hijrah dan hanya beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemenangan kita iaitu Hari Raya AidilFitri 1433 Hijrah :)

Pada post kali ini , sukacitanya saya ingin berkongsi info walaupun belum lagi mendaftar sebagai pelajar pergigian UiTM akan tetapi saya sudah serba sedikit mencari ilmu sebagai langkah permulaan dan persediaan sebelum menjejaki ke menara gading nanti dengan menanyakan senior2 pelajar pergigian UiTM , dan juga bekas pelajar UiTM (yang mana first Batch pelajar pergigian) yang kini bekerja Doktor Pergigian di Hospital @ klinik kerajaan kerana biasalah terikat dengan kerajaan semasa FYDO(satu tahun , wajib kepada Pegawai Pergigian Siswazah bersama Doktor Pakar ) dan detachment dgn kerajaan 2 tahun kemudian  10tahun jikalau pemegang biasiswa JPA , jika tidak dibayar ganti rugi . hmmm . Disamping itu juga , saya pula dihujani pertanyaan junior2 di kolej matrikulasi kerana peliklah junior2 sentiasa alert akan apa yg berlaku pada senior2 nya, bagus betul diaorang ini , berfikiran berjaya . haha . dan juga sekadar perkongsian kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan matrikulasi yang ingin menjurus kepada bidang yang di minati .

Walaupun , masih belum merasai pengalaman sendiri . Tak salahkan sama sama berkongsi Ilmu . ye lah tak kenal maka tak cinta . mohon maaf jikalau ada tersalah info . apa apa kesalahan mohon diteguri .

insyaALLAH , insan yang bernama Muhammad Afnas Syahmir Bin Abdul Aziz telah ditawarkan mengikuti pengajian di :

Pembedahan Pergigian UiTM

Alhamdulilah , speechless . rezeki ALLAH SWT nak bagi . manusia mampu bersyukur dan terus berdoa . semoga cita cita akan menjadi kenyataan , bukan nya usaha setakat ini sahaja malah berusaha kenalah sepanjang kehidupan . dengan berusaha kita akan terus melangkah setapak demi setapak . jika kita tidak berusaha , berdiri pun kita tidak mampu , usah ingin melangkah amat jauh sekali . ingat lagi saya . haha . soalan OTI  ke apa masa form 5 soalan Pendidikan Islam tanya apakah beza orang Orang Celik dan Orang Buta . maaf kalau ada tersilap harap perbetulkan .

OK , terus ke topik :

Mengikut laman interaktif JPA , untuk melihat pengiktirafan kursus di IPTA . Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian yang juga disama ertikan dengan Bachelor of Dental Surgery (BDS) yang diguna pakai di UM,UITM,USIM,IIUM juga disama ertikan Ijazah Sarjana Muda Doktor Pergigian atau Doctor of Dental Surgery (DDS) yang diguna pakai di USM dan UKM . BDS/DDS adalah sama dari segi pengijazahan diiktiraf yang boleh membawa kepada penjawatan Pegawai Pergigian U41 @ Doktor Pergigian .


Download PDF : http://www.moh.gov.my/images/gallery/career/Kerjaya_Peg_Pergigian2.pdf

Seterusnya , buat masa ini hanya 6 buah IPTA sahaja menawarkan kursus pergigian yang mana kuota nya amat terhad/limited . Kerana apa pelajar dan pensyarah perlu dinisbahkan  mengikut kewajaran yang ditetapkan . sebab perlu melahirkan pengamal pergigian yang berkualiti . Selain itu , saya di fahamkan untuk proses pembelajaran&pengajaran semasa di tahun klinikal perlu mengunakan set kerusi dan peralatan pergigian untuk kemudahan pelajar mencecah rm50,000 setiap satu dah setiap set maximum 2 orang shj . bayangkan mengapa kos ini sgt terhad sedangkan doktor gigi di Malaysia sangat kekurangan jikalau dinisbahkan kepada pesakit  . Unjuran pengambilan dalam bidang pergigian hanya 170 orang pelajar melalui UPU (Bahagian Pengambilan Pelajar , Kem Pengajian Tinggi ) yakni merupakan bidang paling sikit dan terhad yang diambil setiap tahun berbanding bidang lain .

Melalui sumber : http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1213_KENYATAAN_AKHBAR_STATUS_KEPUTUSAN_PERMOHONAN_STPM.pdf

credit :  SinarHarian

unjuran daripada 170 orang , UiTM hanya menyediakan 50 tempat sahaja . selebihnya 120 orang daripada UKM,UM,USM . Kemungkinan pelajar pergigian IIUM DAN USIM tidak termasuk dalam 170 orang pengambilan melalui UPU , IIUM/USIM menyediakan pengambilan sendiri tidak melalui UPU . akan tetapi munasabah juga 170 org daripada ke-enam-enam universiti tersebut yg menawarkan kursus pergigian (UM,UKM,USM,UiTM,IIUM,USIM)


Berikut adalah e-mail hasil maklum balas direct daripada Dekan Fakulti Pergigian hasil pertanyaan saya . saya send email 1:52petang dan dean memberi maklum balas 7minit kemudiannya , tengok masa(klik gambar)

kepada pelajar2 yang betul2 berminat , buatlah pilihan yang bijak dan letaklah first choice tak kiralah mana universiti , ok tu tips dia . 

Semasa di phase pre-clinical pelajar akan diperkenalkan subjek seperti

 Oral Biology
 Anatomy
 Biochemistry
 Physiology
 Pathology
 Microbiology
 Pharmacology
 dan ada lagi kott 
(berikut adalah gambaran subjek sahaja)
That why , bidang pergigian adalah bidang pertembungan perubatan etc . dan ianya sangat menarik walaupun saya dengar keluhan senior mengatakan susah kerana perlu mengingati kedua duanya sekali dalam subjek dental dan medicine :




selepas berjaya di pre-clinical year dgn melepasi dua exam iaitu Profesional Exam One and Two . barulah masuk klinikal year yang perlu berada di clinic menjalankan 8 bidang klinikal pergigian (dijalankan pada tahun 3,4,5) dan perlu juga profesional exam bagi setiap tahun clinical bagi memenuhi keperluan graduate sebelum bergelar doktor pergigian . Justeru , doktor pergigian bukannya menjurus kepada aspek gigi sahaja , malah skopnya meliputi kepala , muka , tengkuk dan merawat/menjahit/patah gigi/bibir terkopet dll kes trauma kemalangan yang menyebabkan kecederaan teruk di muka/kepala dan area mana2 untuk kembali berfungsi dan juga berperanan untuk prevent dan cure KANSER MULUT dan juga tahap kesihatan mulut yang amat penting . Ada  juga yang menyambung dalam kepakaran forensik pergigian , yg menarik karier nya yang mengkaji usia mayat dll melalui gigi yg ditemui . wahua'alam

iaitu :

Pergigian Bedah Mulut
Ortodontik
Periodontik
Pergigian Pediatrik
Pergigian Restoratif/ Prostodontik
Patologi dan Perubatan Mulut 
Pergigian Forensik
Comunity Dentisry/Pergigian Kemasyarakatan
(berikut gambaran utama subjek sahaja)

#terms sepatutnya digunakan dalam bahasa inggeris supaya tidak pelik , untuk memudahkan saya menggunakan bahasa melayu .


Selepas memenuhi keperluan Universiti barulah anda akan graduate dan anda bersedia mencurah tenaga anda kepada masyarakat :)


pesanan daripada senior saya : sebelum belajar dalam bidang ini anda perlu cergas dan cedas supaya anda tidak letih kerana doktor gigi perlu banyak mengunakan tenaga dengan berdiri , nak extract gigi dari soket fuh perlu banyak tenaga dan berhati hati , ada terpaksa oncall kena jahit kawasan muka dalam kes kecemasan yg menginyurkan dll . satu lagi penting lembut2kan tangan sebab dental also dikategorikan sebagai ART , ye la alatan je masuk dalam mulut yg sempit tu ! haha  .


Ini baru serba sedikit perkongsian , sejurus saya menjadi pelajar dan mengalami sendiri . InsyaALLAH saya akan berkongsi dengan lebih banyak lagi ,dengan poyo nya haha . Tak rugi berkongsi Ilmu .


Antara blog pilihan 

p/s : InsyaALLAH , jikalau ada salah dan silap mohon ditegurkan . 

Biasalah , yang baik itu datang daripada ALLAH SWT dan yang lemah itu datang daripada saya sendiri :)

91 comments:

  1. Hey awak :) Congrates pat UPU ^^. Eyy, awak pat kos same dgn kawan sayala. Name dia Atep. Kalau ada masa, kenal-kenal lah ey kat sana. Belajar rajin-rajin ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada dah . atep ada request friend hari tu dan ada di group kami . InsyaALLAH . awak pun belajar rajin ^^ dan selamat berjaya

      Delete
  2. em.brapa pointer yg perlu sy dpt n subjek yg perlu sy score?

    ReplyDelete
  3. Untuk lepasan matrikulasi , my batch atleast 3.93 . Subjek biology,chem,math,fiz semua kira lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak kalo kite amik modul 3 dekat matriks which containt bio,sc comp anf chem bole ke amik dentistry ni?

      Delete
  4. untuk pelajar diploma sains pulak? ada gak yg kena terima..n brapa rsanya pointer dier erk?? tq.. may ALLAH bless u

    ReplyDelete
  5. kemasukan untuk diploma sains ada diterima setiap tahun tapi bilangan agak kecil berbanding lepas matrikulasi/asasi . pointer dia pun dalam 3.9 above , my batch pelajar lepas diploma semuanya perempuan 5 orang . ok , selamat berjaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk tnya akak, pointer 3.93 tu utk sem last or pointer purata utk smua semester?

      Delete
  6. untuk budak asasi uitm mcm mane pulak?

    ReplyDelete
  7. ponter at least 3.93 ya? macam mana untuk muet? diambil berat jugak ke? kalau yg band 3 ada tak yg dapat pergigian?

    ReplyDelete
  8. Pointer mengikut competition pada setiap tahun Akademik berbeza, kalau ikutkan setiap tahun persaingan makin sengit, maybe get closer to 4.0 . hmm . Alhamdulilah , MUET band 3 in sha ALLAH. at least band 3 :)

    ReplyDelete
  9. Sory sy nk tnya ijazah prgigian ni brapa tahun ek

    ReplyDelete
  10. salam. boley x pm sy pointer abg brape tyme mohon dentist. ni email. cdiqmercurial@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum, nak tnye awak dri matrik ke? ape gred awak untk biology eh? n 1 more, awak ltak 1st choice ke
    dentistry kt uitm? thanks.

    ReplyDelete
  12. salam. btul ke lpas mtrik smbung ijazah prgigian 4tahun ? kalau lpas diploma brapa tahun plak?
    -harap dpt mmbntu :)

    ReplyDelete
  13. as salam.. dik akak nak tnya.. adik akak dpt matrikulasi di tangkak johor yg mana modulnya telah ditentukan oleh pihak matrikulasi iaitu bio, kimia, math dan sains komp. Adakah subjek2 yg diambil ni melayakkan dia utk melanjutkan pljrn bidang pergigian utk dgree nnt? harap adik dpt memberi sdkit penerangan yg jelas..terima kasih..

    ReplyDelete
  14. [Tanpa Nama 1 ] Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian / Bachelor of Dental Surgery / Doctor of Dental Surgery (BDS/DDS) . Program ini memakan masa 5 TAHUN pengajian . 2 tahun Pra-klinikal dan 3 tahun Klinikal

    [cdiqmercurial@yahoo.com] i already sent to your email . Thanks

    [Tanpa Nama 2 ] Biology masa matrikulasi dua-dua sem dapat A .

    [Tanpa Nama 3] Semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian / Bachelor of Dental Surgery(BDS) / Doctor of Dental Surgery(DDS) akan belajar 5 Tahun . Tak kira lah dari matrik ke , asasi ke , diploma ke . Semuanya 5 Tahun . Thanks .

    [Tanpa Nama 4 ] Semua module yang ditetapkan oleh matrik iaitu MODUL 1 , 2 , 3 berkelayakan secara JELAS BOLEH untuk melanjutkan pelajaran dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian / Bachelor of Dental Surgery(BDS) / Doctor of Dental Surgery(DDS) .
    sebab kelayakan universiti

    KIMIA
    MATEMATIK
    BIOLOGY @ PHYSICS (mana-mana satu)


    *** DDS DAN BDS benda yang sama
    DDS nama ijazah digunakan di UKM,USM

    BDS nama ijazah digunakan di UITM,UM,USIM,UIA

    harap membantu

    ReplyDelete
  15. cngrets,,sy dah buat Appeal for this course..pointer rendah ja..3.73.. harap Allah bagi rezeki..g pun sy budak diploma..the quota so...herm..u know right?? hehe..apapun all the best

    ReplyDelete
  16. good luck [Tanpa Nama] , 3.73 is too excellent enough . but the competence out there , is much higher . :) I wish you Good Luck !

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Amiza Aqiela . Fakulti Pergigian UITM mula beroperasi pada tahun 2006 . Dengan pengambilan seramai 30 orang bagi batch pertama , kedua dan ketiga dan keempat . Batch kelima hingga ke tujuh seramai 50rang . Fakulti ini mula beroperasi secara sementara di Shah Alam . InshaALLAH , fakulti baru dengan lebih besar dan canggih ditambah kolej kediaman yang selesa seperti berkonsepkan "apartment" sedang giat dibina di Kampus Sg Buloh bersebelahan Fakulti Perubatan , inshaALLAH bulan september atau tahun depan , fakuti pergigian mula beroperasi di Sg Buloh

    Thanks

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Sama-sama . Bidang pergigian adalah bidang utama saya . Better letak RU dulu , ikuti pilihan anda yang lain . Selamat Berjaya

    ReplyDelete
  21. Sama-sama . Bidang pergigian adalah bidang utama saya . Better letak RU dulu , ikuti pilihan anda yang lain . Selamat Berjaya

    ReplyDelete
  22. ada mohon ru ke dulu ? ada org ckp kalau mohon ru then kita tak dpt kos y kita nak kat ru , kita still dpt kos under ru tp kos lain . kiranya mcm ru dh pegang kita . betol ke ?

    ReplyDelete
  23. salam, saye lepasan asasi sains uitm
    .. result cgpa upu saye adelah 4.0
    kimia, math, fizik : A
    bio :B
    saye apply 2nd choice
    saya harap awk bantu, peluang saye cerah x ?
    sbb saye sgt berminat dentistry..
    tq :)

    ReplyDelete
  24. [TANPA NAMA --> June 7, 2013 at 6:41 PM ] Tu orang cakap . Jangan letak selain kos kita nak dalam permohonan + dengan pointer yang baik . InshaALLAH + markah koko biar 90++

    Ely . Tahniah 4.00 . Sama hehe . Tak kisah dapat 4.0 inshaALLAH . Lagi-lagi pelajar Asasi UITM . ramai kot pelajar asasi UITM dapat Dentistry UITM .

    ReplyDelete
  25. hye.. mmm boleh sy tanye sessuatu mengenai dentistry nih tapi melalui email awk.. boleh bg email tak? terima kasih..

    ReplyDelete
  26. afnas.syahmir@yahoo.com

    afnas.syahmir@live.com

    ReplyDelete
  27. afnas syahmir ; terime ksih.. maksudnye bio awk B jugak ? sbb bio saye B , sye rse kurang yakin sedikit, insyaAllah kalau ade rezeki Allah boleh dpt..
    TQ sbb mmbantu..

    ReplyDelete
  28. ely : saya dari matrikulasi . bio saya A kedua-dua semester la .

    ReplyDelete
  29. tumpang tanya, kalau kos pergigian ni mmng dpt asrama eh? tak menyewa luar ke?

    ReplyDelete
  30. salam. boleh x tolong senaraikan subjek yg kena belajar utk BDS ni? thanks

    ReplyDelete
  31. Assalam...boleh x asasi sains dari UiTM mohon ISM Pergigian di UIA atau USIM?...satu lagi dalam pengisian online UPU bagi kemasukan IPTA lepasan asasi sains,...ada beberapa pilihan kursus, x silap 8 pilihan...jadi bolehkan saya isi semua pilihan itu dengan kursus ISM Pergigian sahaja s/ada diUiTM, UM,UKM dan USM....tak nak isi kursus lain sebab dikhuatiri akan ditwrkan selain ISM Pergigian. TQ...

    ReplyDelete
  32. [Tanpa Nama]

    Subjek Year 1 sampai Year 2 Dikenal Pre-Clinical Year

    Anatomyy
    Physiology
    Biochemistry
    Microbiology
    Pathology
    Pharmacology
    Oral Biology
    Dental Materials

    Year 3 - 5
    Oral Pathology
    Human Disease
    Oral Maxillosurgery
    Oral Medicine
    Oral Radiograph
    Prosthodontic
    Endodontic
    dan banyak lagi , saya baru pre-clinical year

    [Tanpa Nama 2] Pengisian UPU perlu strategik . Letak ikut priority mengikut keputusan AKADEMIK . selamat berjaya . Biasanya pengambilan USIM DAN UIA diorang dah ada pelajar ASASI pergigian dan TAHMIDI pergigian diorang sendiri .

    ReplyDelete
  33. Salam, nak tanya sikit ni. Memang student dental uitm akan dapat kolej setiap sem ke? or ada competition utk dapatkan kolej? And boleh tak ceritakan sikit pasal koko untuk student dental ni? wajib terlibat or tidak? thanks ;)

    ReplyDelete
  34. Susah tak study dental ni? Kalau tak pass satu tahun tu, kena repeat lagi ke? selagi tak pass, mmg tak boleh naik tahun or mcm mana?

    ReplyDelete
  35. salam, sye da salah pilih kos, nk wat sgt2 medic kt ukm tapi dapat optometri, tarikh tukar upu da tutup, cmne nk buat nie? result matrik alhamdulillah 4 flat, muet band 3,masuk bln 9 nie,please bantu saye!!!sesape je tolonglah...!

    ReplyDelete
  36. congratulations! how I wish to be a dentist but end up to be a teacher. haha. goodluck! ^^

    ReplyDelete
  37. Assalam. Saya nak tanya, awak dpt tajaan JPA kn? Utk first year, JPA bg awak brp ya?

    ReplyDelete
  38. Anonymous : boleh awak bg email/fb ? nnt sy bg jawapan .

    ReplyDelete
  39. salam,sy pemegang dploma pemb.perubatan.pointer xla tggi sgt 3.60..sy msh mcari dgree yg bssuaian.skop pnbelajaran ada kne mgena gak..bdasarkn pngalaman saudara,teman2 n lect2 saudara,sy msh bpeluang x..?sb sy sukakn keje2 klinikalni..

    ReplyDelete
  40. Kalau dgn pointer 3.6..adkah sy masih layak utk mneruskan dlm bidang pgigian?

    ReplyDelete
  41. Untuk lepasan spm macam mana ?

    ReplyDelete
  42. so conclusion dya ,, dental course ne memang susah laa ne kann ?? huhu .. rasa down pulak , :(

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum abg afnas. Saya ada email abg.. harap abg balas ye.. saya suka entry ni :)

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum. saya lepasan pasum dan result saya biasa2 je, 3.67, muet band 3. boleh x nk amik kos pergigian uitm ni? agak2 dpt x? :(

    ReplyDelete
  45. assalamualaikum boleh ke kalau diploma medical science from ipts ambil degree dentist kat ipta.

    ReplyDelete
  46. assalamualaikum boleh ke kalau diploma medical science from ipts ambil degree dentist kat ipta.

    ReplyDelete
  47. tanpa nama : boleh aja memohon tapi kena bersaing dengan pointer yg mungkin lebih tinggi daripada saudara, tak salah cuba nasib :)

    afwan : saya tak pastila kalau daripada IPTS , kalau daripada IPTA(DIPLOMA SAINS UITM) boleh tu je saya tahu :)

    ReplyDelete
  48. Wuu i love your entry. Saya lepasan spm and tengah tunggu result bulan 3 ni, insyaAllah , takut addmath je. Hm saya mmg brminat gila dlm dentistry ni. Takut sgt x dpt. Hihi that's all, congrats dpt lnjutkn dlm bidang ni, love it ��

    ReplyDelete
  49. Sya nak jdi dentist tpi x nak bedah2..hmm

    ReplyDelete
  50. Salam. Ada xklau yg dah ada degree, tp nak masuk dental pulak. Kindly email me at athirahshariffali@yahoo.com terima kasih.

    ReplyDelete
  51. Hai awak , sy ad apply penerapan uitm dgree dntist ni. Sy dr dip microbiology . Nak tnye la. Kos ni ad tmuduga kan bfore masuk dgree. Ape eh agakny soalan yg dia akan tnye. Sy cuak la pulak lau kne intebiu nt.haha

    ReplyDelete
  52. apa-apa pertanyaan emailkan saya di afnasdentaluitm@gmail.com

    ReplyDelete
  53. Salam . Sy dpt interview utk course ni . Soalan ape ek yg biasa dia tnya dlm iv tu ?

    ReplyDelete
  54. Salam . Sy dpt interview utk course ni . Soalan ape ek yg biasa dia tnya dlm iv tu ?

    ReplyDelete
  55. saya dapat panggilan temuduga untuk course ini, bentuk soalan ? ada ujian bertulis juga ker? tq

    ReplyDelete
  56. saya dapat panggilan temuduga untuk course ini, bentuk soalan ? ada ujian bertulis juga ker? tq

    ReplyDelete
  57. saya dapat panggilan temuduga untuk course ini, bentuk soalan ? ada ujian bertulis juga ker? tq

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum. Saya nak tahu lebih lanjut macam mana nak jadi dentist. Memang cita2 ari dulu lagi. Cuma takde pencerahan. Mohon jasa baik terangkan serba sedikit nak sambung ijazah untuk dentist. Boleh email kat mamaaadot@gmail.com. or contact 0137335484

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum, alhamdulillah saya akan mendaftarkan diri di uitm shah alam pada 1.9 ni tapi kampus nya di Sg Bulohkan..? sedikit confius, adakah hostel kami di shah alam tetapi kuliah di Sg Buloh? Mohon pencerahan. Terima kasih senior.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai , sis bole share any tips and Question tak during iv ? Saya dpt iv di sg buloh (21/5) harap sis share

      Delete
  60. Walaikummusalam, nnt anda akan daftar di Shah Alam untuk menjalani minggu orientasi (Minggu Destini Siswa) selama seminggu . Kemudian , anda akan dihantar ke kampus Sg Buloh (bas disediakan) . Batch kemasukan 2015 adalah batch pertama akan ke UITM Sg Buloh . InshaALLAH September 2015 Fakulti Pergigian akan beroperasi sepenuhnya di UITM Sg Buloh

    ReplyDelete
  61. Owh...okay terima kasih atas pencerahan.

    ReplyDelete
  62. Owh...okay terima kasih atas pencerahan.

    ReplyDelete
  63. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  64. Sebarang persoalan terus ke afnasdentaluitm@gmail.com

    ReplyDelete
  65. Permohonan tajaan JPA guna cgpa UPU atau cgpa UiTM

    ReplyDelete
  66. Permohonan tajaan JPA guna cgpa UPU atau cgpa UiTM

    ReplyDelete
  67. Permohonan tajaan JPA guna cgpa UPU atau cgpa UiTM

    ReplyDelete
  68. ASSALAMUALAIKUM W.B.T ... Sy nk tanya , SPM sy dpt D untuk Kimia ... skrg sy ambil dip sains uitm ... cgpa sy sO far abOve 3.5 ... perlu ke sy ulang paper Kimia SPM ? Laku ke nnt result ulangan tu ??? Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam. maaf saya tolong jawabkan ye. kalau tak silap saya untuk kemasukan ke ijazah sarjana muda dia akan tengok berdasarkan keputusan asasi/matrikulasi/dip.

      (Pelajar tahun akhir pergigian UKM)

      Delete
  69. Sy dpt pointer 2.37 jer.blh ker sy nk apply course ni? Cerah lg tak pluang sy? Sy minat sejak kecil lg nk jd doktor gigi.

    ReplyDelete
  70. Sy dpt pointer 2.37 jer.blh ker sy nk apply course ni? Cerah lg tak pluang sy? Sy minat sejak kecil lg nk jd doktor gigi.

    ReplyDelete
  71. assalamualaikum .... sy pngk 3.96 MUET band 3 lepasan matriks... agak2 sy lepas x... medic atau dentist??? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaikummusalam.

      Kalau ikut pointer dah lepas syarat memohon. Cuba la . InshaAllah. Semoga berjaya ��

      Delete
  72. assalamualaikum .... sy pngk 3.96 MUET band 3 lepasan matriks... agak2 sy lepas x... medic atau dentist??? terima kasih

    ReplyDelete
  73. Assalamualaikum.nak tanya kalau belajar di matrikulasi tapi ambil subjek bio,kim,matematik tapi tak ambil fiz.boleh ke nak teruskan ambil bidang pergigian.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. anda layak memohon. Matemarik kimia adalah subjek wajib memohon. Selamat memohon dan selamat berjaya

      Delete
  74. Ada soalan. Ajukan terus ke email saya afnasdentaluitm@gmail.com

    ReplyDelete
  75. Ada soalan. Ajukan terus ke email saya afnasdentaluitm@gmail.com

    ReplyDelete
  76. Salam sy lepasan uitm asasi dengkil.pointer upu saya 3.55 manakala pointer uitm 3.29.layak ke sy nak apply dentist? N apa beza pointer uitm dgn pointer upu nih??

    ReplyDelete
  77. Assalamualaikum,
    saya baru dapat interview untuk course pembedahan pergigian ni. boleh tak share soalan yang mungkin ditanya semasa interview tu nanti. terima kasih :)

    ReplyDelete
  78. assalamualaikum..salam univ.. utk pelajar ijazah pn ada juga ke minggu orientasi tu semua??

    ReplyDelete
  79. Hai.. Saya pelajar matrik dan sem 1 pointer 3.93..math A-.. Saya minat medic dentistry and pharmacy.. Agak2 pluang saya cerah x? Dan uni mana saya ptut mhon untuk dpat kos ini? Tq

    ReplyDelete
  80. Apakah syarat kelayakan untuk masuk ke fakulti pergigian di uitm sg buloh?

    ReplyDelete
  81. Hantar pertanyaan ke email saya

    afnasdentaluitm@gmail.com

    InshaAllah saya reply

    ReplyDelete
  82. Calor blindess blh jd dentist x ?

    ReplyDelete

thanks;)

thanks!!

Followers