Tuesday, January 18, 2011

yes, i need self-confident

Assalamualaikum,


first at all, ada jugak orang babling kat chatbox,ha3. thanks, x pe, amir jangan marah eh..


amir dengar ni!


keyakinan diri sangat berkait dengan harga diri. orang yang mempunyai harga diri yang tinggi, akan juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi. namun jangan pula tersilap, sampai kita merasakan bahawa orang yang mempunyai keyakinan diri itu adalah orang yang ego atau sombong.


lets through out this!!


DENGAN ALLAH...


- bergantung hanya pada Allah. ini kerana keyakinan lahir daripada rasa percaya kepada Allah.
-jaga solat lima waktu.
-sentiasa merasakan berdosa terhadap Allah lalu sentiasa bertaubat atas kesilapan sama ada yang besar atau kecil, yang sengaja atau tidak sengaja
-baca AL-QURAN..
-berzikir dengan wirid-wirid tertentu..


DENGAN Diri Sendiri..


@ percaya pada diri sendiri. katakan saya boleh! dan saya adalah khaira ummah (sebaik-baik ummah) dan sebaik-baik ciptaan Allah. Allah berfirman " sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baiknya" ..surat at-tin..


@ jangan takut dan teragak-agak. melakukan sesuatu yang positif dan baik. buang rasa malu yang tidak bertempat.


@ lihat kelebihan diri dan kaji serta baiki kekurangan yang ada. pastikan anda benar-benar tahu apa yang anda inginkan dalam hidup ini.


@ sentiasa berfikiran positif. badan perlu sihat dan minda sentiasa cergas.


@sentiasa bersedia. jangan bertangguh-tangguh daripada mencuba dan melakukan sesuatu yang anda belum tahu atau mahu atau belum berani melakukannya.


@hargai diri. hargailah setiap anugerah yang Allah anugerahkan dan berterima kasih kepada Allah.


@tabah dan cekal. menghadapi sebarang halangan atau musibah.


dan yang ni penting!!


DENGAN Orang Lain..


~ pilih kawan dan komuniti(masyarakat) yang boleh membina keyakinan anda.
~ elakkan daripada mereka suka memperkecilkan atau menakut-nakutkan anda.
~ cari model...oups bukan model yang cantik tu tapi..role modal yang boleh jadikan (qudwah hasanah) sebagai contoh ikutan. dan sebaik-baik role model ialah para nabi.
~ maafkan kesalahan orang lain dan mudah meminta maaf jika bersalah. ini akan memberi kita rasa harmoni dan ceria untuk bergaul dengan orang lain. dan inilah juga yang akan membina sikap yakin diri ketika berhubung sesama manusia.
~ berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain...


JANGAN KECEWA JIKA SUDAH MENCUBA..


selain itu berilah kemaafan terhadap diri sendiri sepertimana kita dituntut untuk memaafkan orang lain. jika kita telah mencuba sedaya upaya untuk menunaikan janji terhadap perkara yang penting dan realistik seperti langkah pertama dan kedua, tetapi kecundang juga..oh, tidak mengapa!


bangun!! dan cubalah sekali lagi. jangan koyak-koyakkan azam dan taubat yang goyah dan patah, tetapi buatlah azam dan bertaubatlah terus-terusan. tetapi kali ni dengan lebih berilmu dan lebih realistik. kita harus meneliti kelemahan dan punca yang menyebabkan kita gagal untuk menepatinya.


begitulah caranya menghadapi kegagalan kita dalam menunaikan janji terhadap diri sendiri. jangan marah-marah. marahkan diri sendiri tidak akan kemana. kesan buruknya lebih kurang sama sahaja dengan tidak percaya diri sendiri. jika kita sendiri sudah tidak percayakan lagi diri kita sendiri, maka siapa lagi yang akan percayakan diri kita?


JUJURLAH TERHADAP DIRI SENDIRI;
KETIKA BERMUHASABAH;
KOREKSI SATU PERSATU;
KESALAHAN KITA;
JANGAN NAFIKAN REALITI;
SETELAH DISEDARI KELEMAHAN;
DAN KESILAPAN KITA;
MAKA AKUI HAKIKAT ITU;
INGAT,KITA PERLU;
MAAFKAN DIRI KITA;
KERANA KITA JUGA PERLU;
MENGASIHI DIRI KITA SENDIRI...


p/s..


awalnya amir publish entry malam ni!!
-suasana menunggu nightline sambil minum dutchlady...

No comments:

Post a Comment

thanks;)

thanks!!

Followers