Wednesday, February 23, 2011

CUTI-CUTI CINTA ; pulau suri part 2

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum dan SALAM SEJAHTERA !


part 1 sudah seterusnya part 2,,


WATAK


AMMAR
AIZI
AFNAS 
ABANG LONG
ABANG KAMARUDDIN
MOK NA
POK HIM
ANIFUDDIN


~18 FEBRUARI ~


wah, sedap nyer tidur dengan suasana yang dingin , tak pernah ku rasa begini , walaupun sesekali aku terpaksa tahan kerana aku nak terkuncil tapi aku terpaksa menahan, kerana apa? hehe, biasalah aku takut nak turun ke tanah sebab tandas die kat luar,
lebih kurang arr, dengan kampung ayah aku, tandas duk kat luar, so aku praktik la kla balik kampung comfirm, aku siap-siap pergi tandas sebelum nak tidur !


eh2, dah pagi ; ha, nak tau, saya nie mudah je kalau bangun tido, tgok ammar poke dengan kopiah je boleh bangun ! then, dengan kemamal pergi ke tandas, yang aku cakap tadi, terus ambil wuduk dan solat..dan tak mandi lagi. seterusnya, saya duduk di muka pintu dan menikmati pemandangan di hadapan rumah yang penuh dengan pokok nipah dan pokok kelapa dan aliran air, dan juga laluan ke jeti,


wah sungguh mendamaikan, tatkala sang mentari sedang mengintai-ngintai, bayu yang bertiup dan bunyi ungas, menusuk ke dalam dada hingga ke tulang
(ayat tak leh bla masa mock bm ~ tah siapa tah)


selepas itu, kami menunggu sarapan penuh keriangan ! ha3,,bab breakfast aku suka, ntah la bab2 makan ni aku tak leh nak menolak, rezeki katakan, sambil borak-borak tgok MHI dan selang seli tukar SELAMAT PAGI MALAYSIA, riuh rendah dibuatnya, membincangkan topik panas, haha, daripada berbual kosong, baik kita bincang pasal negara, btul jugak tu..saya respect dengan korang !


seterusnya, kami menjamah la sarapan dengan makan nasi ayam gulai, sedap-sedap..
haha,korang nak tahu ammar makan dua bungkus nasi, tak cukup dengan ayam gulai tambah lagi nasi kerabu, waduh2, besar sungguh perut ammar nih !
sembang-sembang nasi lemak kopi O

selepas sarapan tu, saya decide dengan ammar 


ammar ; huh, salin gini jelah, tak yah mandi,pas ni nak mandi pulok nak gi smyg !saya ; jolo jugak !

kami,bersiap-siap ,sebelum itu saya sempat berbual dengan mok na dan pok him dekat dengan baldi tu, nampak tak, kat situ ada geran so, boleh duduk-duduk ,pasal kisah-kisah keluarga dalam mengharungi kisah hidupnya, yang berliku, saya hanya tahan sebak saja masa tu, tak dapat nak bayangkan mok na dalam membesarkan anak-anaknya ,


next, dengan membawa umpan berbaki semalam, kami terus pergi mengail sambung dengan harapan dapat ikan kitam


abang long bermimpi kata ; ammar dapat banyok ikan
hahaha, aku hanya gelak besar je, dalam perjalanan ke jeti semalam, ammar ada cakap BELI KEREPEK UNTUK UMPAM
aku hanya dengar sambil berkata angguk-angguk dan rasa malu nak bertanya, tanpa segan silu dan tempis rasa malu aku pun tanya


saya ; ikan makan kerepek je (aku rasa mcm soalan bodoh)
aizi : tahu gok, kerepek
ammar ; bukan , umpam mulut la !!! maksudnya, apabila kita duduk tunggu ikan lekat kat mata kail kita ada umpam kat mulut kita iaitu, sambil-sambil  kita mengail mulut kita kuyap makanan !! faham...


GELAGAT TUNGGU IKAN TAK KUNJUNG TIBA ;)


ammar ikan tu !!!!

fokus !

hilang fokus !




dalam pukul 11 pagi, kita orang tak dapat satu ekor pun ikan !! sedih giler , mungkin tidak ada rezeki kami agaknya ! sabar j lah, dan sempat juga tengok seorang nelayan baru sahaja balik daripada NGOKOT ! banyak udang dapat ! walaupun banyak tapi, hanya 70% hasil tangkapan sahaja dapat dijual dan dimakan ..


antara benda baru yang dapat ialah ;


IKAN BELOH NABI ,  tak confirm la, ammar cakap mengikut orang tua-tua kata, ikan itu katakan apabila nabi makan ikan dan tinggal separuh, nabi pun buang ke laut, sebab itu ikan itu nipis, !
lama-lama menunggu tidak ada ikan pun sangkut dekat mata kail kami, malang nya nasib kami ! dengan perasaan hampeh dan membawa satu pengalaman kami bersyukur dapat sesuatu yang baru untuk kami pelajari ,.. syukur ALHAMDULILAH ;)


seterusnya, kami balik ke rumah dan sejukan badan, abg kamaruddin masak MAGGI , untuk kami,sebagai lapis perut nak sembayang jummat, alhamdulilah, sangat kenyang ! bersiap-siap nak sembahyang jumaat 


first, saya tak tahu pun nak pergi sembahyang jumaat dengan bot, hampir dekat dengan jeti saya baru tahu bahawa nak ke masjid kami perlu naik bot untuk ke suatu pulau, disitu terdapat sebuah masjid di PULAU RENJUNA ! 
pengalaman naik bot lagi dapat dirasai,,
dan mok na ajak kami makan FREE dekat umah tok penghulu, horayy !
dan kami berbual-bual , air surut , nampak PHEMOTOFOR (tak ingat nak eja)


atas MOTO ! nikmati keindahan alam !


selepas 15 minit atas moto kami sampai ke jeti pulau RENJUNA ;)
jeti 


kami lepak-lepak dan berbual kosong sambil minum air teh 'o'


masuk masjid, selak-selak orang rupanya ada banyak seat kosong (bajet duk dalam stadium seat kata kan) ,aku ikut ammar je, ammar cari-cari tempat, nah ..ambik kau..betul-betul depan TOK IMAM baca khutbah ! SAF KE DUA,, ambik kau..mata tahan giler ngantuk kot !


dalam khutbah tu KHATIB cerita pasal;


KEPIMPINAN RASULULLAH yang amanah,tabilgh,fatanah,dan siddiq.. dan banyak lagi lah ..
bukan apa? semasa sembahyang jumaat tu, adalah makmum, kakinya berdarah ! mungkin pacat kot ! sampai, karpet masjid terkena darah..
lepas solat tu,, alunan SELAWAT KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W  bergema , tersentak dan sangat bersemangat, selawat yang tak pernah ku dengar sesemangat ini  ;P
dan kami kembali naik bot , dan menuju ke tempat makan FREE td,,
disini , pula semangat gotong-royong yang tinggi ditunjukkan oleh masyarakat dalam menyiapkan majlis makan tu, sungguh kagum,
sebelum makan, sekali lagi selawat berkumandang, sama semangat dengan kat masjid tadi, 
WowowowowoW !


saya tak leh lawan ammar makan , banyak sungguh..dan saya sempat merasai KERABU NIPAH yang rasanya agak lemak dan enak !


kami pulang balik,ke rumah dan rehat-rehat..seterusnya dalam perjalanan kaki nak pulang nampak budak perempuan main bola, dah berjaya mengalahkan lelaki, budak perempuan berjaya menendang bola masuk GOLLLLL,, kami tergelak2..woww minatnya budak itu kepada main bola !


~PETANG~


selepas solat asar , ammar nak main bola, tapi saya malas, dan ammar dan aizi pergi main bola, berkebuk-kebuk dibuatnya..
dan aku ambil diari aku dan tulis apa yang patut , TAHNIAH, ammar dan aizi first sekali tgok diari aku, secara officially depan aku, tak tahu lah kat sester,,aku rasa diari aku ada org baca..jahat sungguh !!!
dan petang tu aku duk bertenggek depan pintu berbual dengan mok na lagi, best2..


selepas itu, diorang nak main sepak takraw pula !! buat team !! team KELANTAN VS TERENGGANU(sy,ammar,aizi) ..trgnu mungkin tmpat kita belajar kot, padahal kita ore klantan !! huhu KLATE GOMO !!
tak tahu la siapa yang menang ,,masing-masing main gila-gila..tergelak-gelak..hilang stress dan berkebuk seluar kami ! nilah first time tahun ni aku riadah sampai berpeluh-peluh,"kata aku kpd ammar lps main sepok..


dan kami ingin pulang dah petang tu, sebelum maghrib dan nak tgok bola kelantan vs t-team !! 
dan pulang naik moto lagi !! HUHUHU ,,,


SEKIAN !

p/s
terima kasih ammar ! moga kita pergi lagi dengan izin ALLAH SWT..




1 comment:

  1. insyaALLAH nanti lps amik rslt gi plop huhu ...penah buke ikan beloh nabi tapi ikan lebih nabi...
    n haha ni eja betul di pneumatophore

    ReplyDelete

thanks;)

thanks!!

Followers