Sunday, August 5, 2012

PENGALAMAN MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU (MPPB) KOLEJ MATRIKULASI KEDAH SESI AKADEMIK 12/13

بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUALAIKUM W.B.T 

"CHANGLOON - PADA 27 HINGGA 31 MEI LALU TELAH BERLANGSUNGNYA MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU BAGI SESI AKADEMIK 12/13 YANG BERLANGSUNG DI KOLEJ MATRIKULASI KEDAH DEKAT SINI . DALAM UCAPAN AMANAT TUAN PENGARAH , YBhg RAJA ABDUL RAHMAN BERKATA SERAMAI 3000 PELAJAR BERSETUJU DITERIMA MASUK DARIPADA JUMLAH ITU SERAMAI 2600 PELAJAR BERJAYA MENDAFTAR PADA HARI PERTAMA PENDAFTARAN IAITU 27 MEI LALU , NAMUN PENDAFTARAN BERJALAN SEPANJANG 2 MINGGU , DAN JIKA GAGAL MENDAFTAR ATAS SEBAB TERTENTU DALAM TEMPOH BERKENAAN DIANGGAP GUGUR PERMOHONAN . NAMUN , PIHAK KOLEJ MASIH MAMPU MENYEDIAKAN SEPENUHNYA KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN YANG MAMPU MEMUATKAN KUANTITI PELAJAR 3000 ORANG PADA SATU-SATU MASA . SEBELUM SEBENAR MEREKA INI BERGELAR WARGA KOLEJ , PARA PELAJAR WAJIB MENGIKUTI MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU (MPPB) BAGI MEMBERI PERSEDIAAN AWAL DAN AKHIR SEBELUM MENGIKUTI KEHIDUPAN DI KMK . ALHAMDULILAH , PADA KALI INI PELAJAR YANG MENDAFTAR BUKANNYA PADA CALANG ORANG , MEREKA DIANTARA PELAJAR  YANG MEMPEROLEHI KEPUTUSAN SPM YANG CEMERLANG 6A HINGGA 11A DAN MEMILIH MATRIKULASI SEBAGAI TEMPAT PERSEDIAAN KE PENGAJIAN TINGGI TAHUN HADAPAN "
 sumber : Akhbar Sendiri Punya .

Oupps , walaupun akhabar sendiri punya , tapi kesahihan maklumat ini betul dan tepat . kerana apa , ha kerana saya merupakan AF/PF . 

apa itu AF/PF ,

"PF adalah merujuk kepada Pembantu Fasilitator atau AF ouh bukan Akademi Fantasia tapi Assistant Facilitator(AF) yang menyelaras/mengendalikan/mengurus/membuli eh menjaga adik adik sepanjang Minggu Pengurusan Pelajar Baru " 

rujukan : Kamus Dewan Badminton , Dewan Makan , Dewan Canselor

Bermulanya , di semesta dua yakni semesta akhir sebelum melarikan diri di kolej . Tut tut ada iklan "sesiapa ingin menjadi PF MPPB 12/13 sila isi borang boleh diambil di Serambi Pelajar " . Ambil la borang tu , ramai jugak yang mohon . tapi tapi setelah ditapis (kerana perlu kelayakan 3.5 and above) , saya pun ter-selected lah menjadi PF tu . Walaubagaimanapun , di semesta dua saya rasa macam hidup saya terserabai sikit sebab tak tahu lah banyak benda kena buat , kerana apa atas dasar tanggungjawab lah  perlu seikhlas mungkin . Beberapa kali perjumpaan di buat untuk meng-explain segalanya yang perlu dibuat , tapi saya buat don't know je . Malas nak jadi Ketua ketua bagai , nak jadi AJK biasa je . Sebab sebelum ini saya jadi jadi macam macam dah , so bagi orang lain juga . Benda ini iklan nak dekat dekat PSPM tau (Dalam study week hectic tu) , so saya malas nak layan jadi PF segala bagai sebab perlu penumpuan sepenuhnya kepada exam yang kali terakhir tu untuk saya kekalkan momentum supaya apa , untuk masa depan laaaa .
Dalam keadaan yang hectic tu , satu lagi kejutan tetiba aku ter-selected mewakili kelas praktikum aku untuk MAJLIS TAMAT PENGAJIAN SESI 11/12 yang penuh harmoni dan gerand tu . memang kenangan paling manis dalam hidup saya , hope next 5 years nanti . Walaupun dpt sijil je , tapi aku sanggup memakai jubah tu , bukan semua orang selected diantara 2500 kepada 150 orang tak silap . hehe . 

Masa ni comel lagi :P


Tut tut . Sampai la ke PSPM . yang tak hape hape saya rasa tapi alhamdulilah segala berlaku dengan baik sekali kerana apa , takdir ALLAH SWT yang Maha Berkuasa itu yang tidak boleh sesiapa disangkal lagi .

Sehabisnya , PSPM tu . Maka secara rasminya saya kena balik ke rumah . dan berehat sepenuhnya , makan sepenuhnya , tidur sepenuhnya dan apa apa sepenuhnya yang menyiksakan diri ini selama 10 bulan di penjara kolej . Tut tut , resul exam PSPM pada 29 Mei , dalam Minggu MPPB fuh . tak pe lah .

Fokus seterusnya ialah event terakhir bagi diri ini , yang sayaa pasti perlu menyumbang sedikit sebanyak kepada kolej , yang banyak membantu . tak salah memberi lebih apa tah yang kurangnya . berehatlah anak raja dirumah lebih kurang 3 minggu lepas itu . Dan secara rasmi selaku Alumni la pulak perlu balik ke kolej pada 23 Mei . Awalnya , ye la event 27 Mei , so kena buat persediaan awal dan akhir untuk MPPB kepada adik adik tersayang nanti . Dulu kami yang kena dengan Fasi , so kami jadi Fasi kami yang pula mengena kan pelajar baru nanti . Eh eh , saya baik orang nya .

Baiklah , pada 23 Mei itu datanglah . sebuah rasaksa berwarna hijau yang satu laju lambat berwarna hijau , iaitu bas kolej . haha . di Stadium Muhammad V untuk mengambil pelajar dari Kelantan (KB) yang bas tu bermula daripada Terengganu (Pasar Payang) untuk route A . Bas tu sampai lewat sangat sampai letih menunggu di KB tetapi hati kental bersemangat nak pergi kolej . Dan diakhirnya cerita kami sampai di kolej dalam jam 1 pagi so lengkaplah 12 jam kitaran . haha . Dan makan makan pergi ke apartment pensyarah yang cantik dapat lah kami 10 orang per apartment . Beradu la saya di dalam apartment itu .

Secara rasmi 24Mei perjumpaan rasmi semula , menghimpunkan semua PF / Pensyarah dan pembahagian T-shirt/Topi dan juga lantikan AJK Tertinggi . Banyak AJK ada rekod dan data,penginapan,tenikal,logistik,pengacaraan,majlis dan persiapan pentas . First day tu memang kami mulakan dengan sepenuhnya tenaga kami , dengan mengangkut kerusi fuh . memang tak jangka PF pun kena angkat kerusi untuk penuhkan tempat dewan yang perlu beribu ribu kerusi . kerja bermula seawal pagi jam 8.30-10.30 , 11-12.30 , 2.00-4ptg dan malam . Ok , makan semua free dan sedap 6 kali makan okeyyy . FREE ! Malam tu kerjanya tak la banyak sebab faktor keselamatan dan kepenatan . Malam hanya untuk post-mormtem setiap AJK (tiap tiap hari) yang sampai mencecah 4 pagi . 

"Dalam post-mortem tu banyak bincang tentang kerja yang dibuat pada hari itu dan kerja yang perlu dibuat pada next day . Amatlah lama sangat sangat , maklumlah kena penelitian daripada AJK supaya lancar , banyak juga berlaku kepincangan ahli yang ada sesetengah tidak memberi kerjasama , tu at first la . Tapi setelah sedar akan tugas masing-masing alhamdulilah semua orang bagi kerjasama dan macam PF adik beradik tu saya sayang semua".

Namun , kami dikejutkan dengan kedatangan 3 Orang para alumni yang telah berjaya yang sudi join PF dengan kami , so dia orang sebagai guide berdasarkan pengalaman dia orang telah memimpin/join MPPB 7-8 kali . Maklumlah KMK baru je buka tahun 2001 tak silap . 

Mereka ialah :



Abg Wan
Penolong Pegawai Hal Ehwal Jabatan Perdana Menteri

Abg Khan(Muka memang nampak engineer)
Engineer

Selah segalanya persiapan demi persiapan di buat untuk pendaftaran dan MPPB . alhamdulilah di solat hajat memohon segala dipermudahkan pada hari Sabtu 27Mei . Yang mana hari Ahad adalah PENDAFTARAN PELAJAR BARU KOLEJ MATRIKULASI KEDAH 12/13 . Alhamdulilah , saya diletakkan AJK Pendaftaran dan 10 orang yang lain . Hari tu sangat memerlukan ramai orang terutamanya di AJK lalu lintas kerana nak mengawasi lalu lintas yang konfemnya sesak , maklumlah nak hantar abg long kak long abg cik kak cik . satu kampung bawak . kesian ke AJK lalu lintas ni seawal 6pagi dioarang ready di setiap check point dan parking . ye lah parents semua nak daftar awal . dah la kena kawal kereta masuk ke kolej dari jam 6-11pg lepas tu nak kawal kereta keluar pulak kem lagi dari 4ptg-6ptg . kesian diorang ni sampai hitam legam kulih , merah2 , serak suara , demam dan ada nak pitam . ha , kerja PF ini sangat-sangat nak berkhidmat untuk kolej . Para pensyarah pun kesian giler , ada pensyarah on the time perlukan bantuan . dan PF ni pun bergegas lah nak tolong pensyarah tu , pensyarah tengok kami penat dan faham dan dia belanja air . 

Dan saya dan kawan kawan AJK Pendaftaran dapatlah kerja dalam library yang ada aircond(bayang la sekejap) sejuk tu . pakai kemeja dan tie macam students , bukan apa first impression nanti apa pulak kata parents . Ok , dalam aircond apabila library diserbu 2000 lebih dah tak terasa aircond terasa macam ketuhaar ketuhar , sampai PF kena ada menjerit , naik turun tangga . kena bantu students tak lengkap dokument apa semua . ha ? berduyun duyun masa tu . So tugas kami jam 1 petang tu siap . ALHAMDULILAH . kalau ada pendaftaran seterusnya akan dihandle di offis utama KMK . so , kami perlulah join AJK lain . kalu tak join mmg tak de kerja la . eh eh bukan setakat join , prinsip PF sapa ada kerja kosong sila bantu kawan . kami memang menolong kawan kawan . 

Sejurus malam pendaftaran tu , ada post mortem . kesian memang kita orang letih giler3 . memang tak nya . kesian PF lalu lintas dll . dalam post tu ada macam macam nak diluahkan , macam2 dengar luahan hati PF yg kena berdepan macam . yang lalu lintas kena jaga lalu lintas , ada parents tak dengar cakap kami , suruh parking sini dia parking lain , parent ada ubah laluan sendiri punya , kena selesai kes kemalangan dalam kolej . Dan ajk pengumuman iaitu PA paling banyak kena serbu dengan parent ada kena marah marah . pengumuman sudah dibuat tapi diorang tak endah , padahal pengumuman diulang berkali2 .
Tapi kami tak marah , kami senyum . Kami anggap parents adalah orang pertama dan terakhir berjumpa dan penghargaan kepada dia orang , kala kami marah balik sama juga kami marah ibu bapa kami juga . so , diorang akan tinggal anak dia disini kan ? hehe 

"buat pengetahuan lebuh raya menuju ke bukit kayu hitam mengalami kesesakan di trafik simpang 4 yang sesak sepanjang lebih kurang 5 kilometer keatas bermula dari tol " dan anggota RELA ada membantu .

Next next day , kerja kami berkurangan lah sedikit sebab ada sesi ceramah/interaksi/mentor mentee so kami perlu buat jerkahan supaya cepat tu jelah . Namun perjalanan aktiviti perlu dikawal dan diselia dan post mortem pada malam harinya pun berjalan seperti biasa Ada yang menidurkan diri di dewan banquet : 

Mungkin keletihan . Ouh saya pun ada . siapa buleh teka saya diminit ke berapa ? okay diminit 0:32 . hehe

Biasalah , kami dah tahu yang result semesta keluar 29Mei(selasa) memang sedaya upaya pasrah dan kami saling debar antara satu sama lain , memang kerja hari isnin tu tak berapa nak menjadi , makan pun tak lalu . Dan kejutan pelajar akaun dapat check pukul 12 malam , padahal dia umum jam 10pagi hari selasa , mmg tidak adil . buat relax hati ketap ketap .  . tapi kitaorang yang sains ini macam nak giler takut takut . 

MAKANYA . jam 10pagi menyerbu makmal komputer (lagipun saya ditugaskan untuk AJK REKOD DAN DATA di makmal komputer ) memang tak buat kerja lah . asyik refresh je kerja nasib baik komputer tu jenis duk dalam meja , alaa macam komputer meja dulu punya  tak nampak la . tapi saya tengok orang lain khusyuk jugak tapi tak tahu lah dia buat apa sebab dia orang pun manusia jugak , nak check . kantoi lepas satu satu jerit sini sana , nangis sini sana . maknanya diorang check result la lettew dan masing2 call . lepas tu ,  keadaan reda , saya  pun try try la check . then akhirnya menjadi macam ini :

Alhamdulilah Tapi "Ilmu Bukan Pada Pointer"


Alhamdulilah , speechless rasanya . walaupun SPM aku yang ciput dapat 6A's , namun tidak sesekali membatas aku nak buat terbaik dalam persediaan di matrikulasi ini . Ingat , SPM bukan penamatnya , kalau rasa diri tidak berjaya . Dan matrikulasi pun bukan pengakhiran , di Universiti adalah segalanya , buat terbaik di universiti nanti . 

Saya nak petik daripada Firman ALLAH SWT dalam surah NAJM ayat 39-44

1. Demi bintang ketika terbenam

39. Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang dia usahakan

40. Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatnya

41. Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan kepadanya dengan balasan paling sempurna

42. Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya(segala berlaku)

43. Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis

44. Dan sesunggunya Dialah yang mematikan dan menghidupkan .

Nampak tak kecacatan disitu , Datuk C berada di situ . No wonder la , SPM pun A- je pun  . Masuk matrik rasa macam ada tak kena dengan bi , nasib baik sangat tak kira pointer . MUET pun saya amik 2 kali , tak namanya "tut" . Dah naik muak examiner tengok muka saya ni . eh3 . examiner sama ke ? ramai je yang ambil 2 kali . seronok kali pertama kena di Kolej di buka pusat exam sendiri . 2nd kena ambil di sekolah alhamdulilah ada chance sikit , sikit je la . yang berhajat kepada band 4 . band 4 impian yang tak pernah berada dalam kamus hidup . ntah ada ke tak kamus tu . disebabkan tidak ada kamus tu tiada rezeki lagi la nak dapat band 4 .ouh , nampaknya perlu kali ke-3 ? Justeru , sekarang memang nak manfaat betul english ini penting jugak , walaupun exam tak ok , tapi speaking sikit sikit pun okey .
Lepas lepas dapat result , ini alhamdulilah semua warga PF bersemangat balik bekerja untuk kolej !

Banyak lah juga saya join AJK Pengacaraan . saya pun dapat tugas jadi 2 majlis untuk emcee . dengan pengalaman yang saya ada di SESTER , saya gunakan untuk kematangan . Namun pada 1 emcee , alhamdulilah ok . Tapi pada 2nd emcee untuk MAJLIS FORUM MPPB 12/13 , tetiba jadi gugup , saya tak tahu lah apa nak jadi pada malam tu , rasanya teruk sangat , kesian majlis tu macam ada cacat cela akibat kesilapan saya sendiri . perkataan sebut pun jadi banyak ter ter ter . adus malu sangat , dah la Pengarah dan tetamu forum tu datang . tapi dapat improve2 . alhamdulilah . BTW , MISS oupss Madam Fatni dia sanggup cari cari saya nak ucap THANKS , YA . dan dia siap minta maaf lagi sebab dalam kami berbincang pengarah tak datang . so , saya rasa jadi emcee hari tu rasanya berbaloi sangat , dan saya balik dengan tersenyum2 sbb miss fatni ucap thanks je . hehe

Alhamdulilah , segalanya berjalan lancar . Pada hari sabtu , saya pergi dulu rumah keluarga angkat di keda,kedah (keluarga angkat ni dpt sama program anak angkat Pembimbing Rakan Dinamik ) ketika buat program di Sek Keb Kubur Panjang (SILA SEARCH KUBUR PANJANG) serius panjang giler kubur tu . Keluarga angkat saya sempat bawa ke kubur tu memang panjang , tak tahu la kenapa sebab mungkin dia ada benda so dia perluaskan kubur , saya sendiri tak faham . sekarang batu yg keliling tu sedah tenggalam sebab ada orang nak tinggikan dia punya batu pengikat sekeliling kubur tu . mungkin petanda "orang kampung" percaya , baik tak yah buat kekal je apa yg ada . Story dia "orang kampung " percaya ada dua orang adik beradik , yang mana ada saling bunuh membunuh akibat kalah judi . wahua'alam .

Lepas itu , kami dijanjikan bermain boling sampai sakit2 tangan . mainlah sampai 2 game , pun dah pancit . kami main suka suka je . habis line kami konker , mana tak nye . haha . sambil2 tu kami dapat la elaun yang ciput RM120 . sbb kami di sana 12hari x rm10 = 12000000 juta rupiah tu . tak pe , duit tu hanyalah sampingan . pengalaman dan kenangan manis itu adalah tidak boleh dibayar sesekali dengan duit . kan . Dan pada malam itu jua , ada sikit majlis perpisahan dan makan malam yang sangat sedap itu , perrrghhh . Menu mendapat sambutan adalah "sotong celup tepung" tak pape diorang ni , siap buat lagu lagi . Dan tibalah part sedih , malam itu abg dan kak alumni akan pulang direct ke KL/SHAH ALAM , sebab dia orang kerja hari Isnin . Sedih sampai nak nangis :'(








Pada hari berikutnya , Hari Ahad merupakan hari perpisahan kawan kawan . Tiba masanya kami pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bersama family pula . hari ahad tu , pelajar baru 12/13 sudah mula kelas diorang , awal awal pagi lagi saya siap2 awal pergi ke blok pentadbiran pensyarah (cubikal) untuk minta maaf dan ucap terima kasih atas mengajar saya setahun , penat lelah pensyarah tidak putus2 memberi ilmu kepada kami . Dalam agak rushing jugak nak pergi cubikal tu sebab kul9 ada perjumpaan terakhir bersama pengarah , nasib baik sempat dari jam 7.45-8.55 pg . dan nasib baik sempat jumpa pensyarah , pensyarah sibuk sbb first day class dia orang . 

TERIMA KASIH :

 SEMESTA 1
BIO LECTURER : Sir Faezuddin
BIO TUTOR : Madam Azwani
BIO LAB : Madam Nad
CHEMISTRY LECTURER : Madam Adila
CHEMISTRY TUTOR : Madam Aznita
CHEMISTRY LAB : Miss Yusnita
PHYSIC LECTURER : Sir C.C.Y
PHYSIC TUTOR : Miss Hashimah
PHYSIC LAB : Madam Aznahlizawati
MATH LECTURER : Miss Lim Mei Mei
MATH TUTOR : Sir Azman B

SEMESTA 2
BIO LECTURER : Sir Shakir
BIO TUTOR : Madam Azira
BIO LAB : Madam Intan
CHEMISTRY LECTURER : Madam Irdawaty
CHEMISTRY TUTOR : Miss Lim Sook Lim
CHEMISTRY LAB : En Khairul Aswari
PHYSIC LECTURER : Madam Nadiah
PHYSIC TUTOR : Puan Noreha
PHYSIC LAB : Sir Redzuan
MATH LECTURER : Sir Azman B
MATH TUTOR: Puan Nazihah

mereka mereka ini lah , yang mengajar aku SEPANJANG AKADEMIK MATRIKULASI 11/12 dengan penuh komited . Alhamdulilah , walaupun lain lain pensyarah , saya mudah mesra dengan pensyarah . kerana mereka banyak membantu dalam pelajaran .

Semoga program MATRIKULASI ini adalah terbaik bagi diri saya dan merupakan jalan yang tepat telah ditentukan oleh ALLAH SWT dengan berharap penuh keredhaan .
Sayonara , Kolej Matrikulasi Kedah Supaya kita berjumpa lagi . Akan ku pohon untuk menjadi PF lagi sebagai tiket ALUMNI pula nanti .

Kepada adik adik , yang sedang bertungkus lumus di matrikulasi sekarang teruskan berusaha mencapai impian , bersabar , berdoa agar dipermudahkan jalan . Selamat Berjaya di UJIAN PERTENGAHAN SEMESTA tidak lama lagi . bittauffiq wannajah :)

Salam Ramadhan . Selamat Berpuasa .

Wahua'alam 

7 comments:

  1. salam...boleh bg tips x camne nk skor 4flat skali ngan tutorial and quiz?

    ReplyDelete
  2. salam abg afnas..nice entry ^^ sy junior yg dijerkah abg..haha xda lah gurau je.,.dri entry abg afnas ni buatkan sy nk jadi AF jgk dn alhamdullilah sy terpilih ^^

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..pngalaman mcm besh je kat kmk niyhh..keadaan di kmk sebok sgt ke?saye takut trlamapu sebuk..means kurikulum die..saye kalo bole x nak join pape..takut jejas result..n one more nk jadi fasi tu mmg kne jadi AF/PF dulu ke??huyooo..deabak ah..dpt focus ven ade event besar

    ReplyDelete
  4. Salam na tnya apa yee persediaan yg kena prepare sbelum mppb bagi fasi and sukarelawan

    ReplyDelete
  5. Salam na tnya apa yee persediaan yg kena prepare sbelum mppb bagi fasi and sukarelawan

    ReplyDelete
  6. kmk dibuka pada tahun 2003

    ReplyDelete
  7. salam bang macam mana bang dapat gambar convo tu saya punya xda pun huhuhu

    ReplyDelete

thanks;)

thanks!!

Followers